“Macam mana boleh ambil vaksin sampai kat Ipoh” Netizen tanya Eina Azman

2,668 views

Hari ini ada satu kes yang jadi sebutan orang ramai. Ianya tentang seorang artis yang ambil vaksin tetapi telah dipersoalkan para netizen. Artis yang disebut itu ialah pelakon terkenal Datin Eina Azman.

Eina Azman ada upload beberapa foto menunjukkan dirinya telahpun mengambil suntikan vaksin.

Pelakon ini ada muatnaik gambar bersama sepanduk saya telah menerima suntikan vaksin bersama suaminya Datuk Paduka Kaiser.

Ini caption dari Eina Azman: “Hai dan salam semua, hari ini Eina dan suami Datuk Kaiser dah pun selamat terima dose pertama suntikan vaksin. Tak sakit pun. Dua jam sebelum tu, Eina dah ambil uabt Panadol dulu, stand by untuk pening. Memang ada sakit kepala sikit lepas suntik, tapi lepas tidur kejap, dah okey. Cumanya hari ini ada rasa lapar yang berganda. Rasa nak makan. Dan kemudian muka Eina nampak macam lebih bulat. Apapun semua jalan lancar.

Akan tetapi ada yang tanya beberapa fakta tentang hal ini. Pertamanya melalui laporan beberapa media, Rotikaya, Hot FM dan Beautifulnara, Eina Azman dikatakan telah potong barisan untuk ambil vaksin.

Yang keduanya, netizen persoalkan kenapa Eina Azman boleh ambil vaksin luar dari kawasan tempat tinggalnya, sehingga dia dan suami kena rentas negeri sampai ke Ipoh, Perak.

Ada juga mengatakan Eina Azman telah menerima suntikan vaksin jenis Pfizer, yang mana perlu menunggu giliran untuk menerima vaksin jenis ini.

Setelah hal ini menjadi tular, dan ramai yang komen tanya tentang hal ini, Eina Azman akhirnya bertindak delete gambarnya itu dan juga perkongsiannya di IG stories, yang menunjukkan dia sedang dalam perjalanan ke Ipoh.

Ramai yang mahu Eina Azman memberi penjelasan tentang hal ini.  Kita tunggu kenyataan dari pelakon ini kelak.