“Mak kuat ye mak” Achey sanggup jual motor untuk tampung kos rawatan

2,161 views

Achey dari kumpulan Bocey kini sedang menjaga ibunya Ngaisah Hassan yang dirawat disebuah hospital di Johor Bahru.

Pada mulanya, ibu Achey yang sudah berumur 70 tahun itu dimasukkan ke Hospital Pakar Putra di Batu Pahat namun telah dipindahkan ke Johor Bahru.

Demi menampung kos rawatan ibunya itu, Achey telahpun menjual barang kesayangan termasuklah sebuah motorsikal miliknya.

Apabila ditanya tentang hal ini, Achey menyatakan wang simpanannya masih ada, namun dia bersiap sedia untuk mencari wang sebagai standby untuk tamping kos rawatan ibunya.

“Sekarang ni, memang cabarannya lebih besar. Saya tak boleh nak guna wang simpanan saja, kena juga berusaha cari sumber yang lain.”

“Oleh itu, saya dah bersedia jual harta kesayangan. Antaranya ialah motosikal. Kalau ada yang minat nak beli, saya akan jual.”

Achey juga tersentuh apabila ada kawan yang buat tabung untuk membantu menampung rawatan ibunya itu.

“Saya terharu apabila ada usaha dibuat rakan-rakan kampung yang prihatin. Saya tak minta pun tapi mereka dah pun buat tabung bantuan itu, mereka rela nak bantu saya.”

“Dikatakan ada tujuh atau lapan tabung bantuan dibuat oleh kawan di kampung. Terima kasih kepada mereka.”

Tentang keadaan ibunya, di Hospital Putra Batu Pahat, satu ujian dibuat dan mendapati ada saluran tersumbat di kawasan hempedu dan pancreas.

Kemudian, ibunya mendapatkan rawatan lanjut di Johor Bahru dan ujian kolonoskopi telahpun dibuat, keputusan akan diterima dalam satu minggu lagi.

Ibu Achey mula ada masalah kesihatan selepas ayah Achey, Hamzah Salam meninggal dunia.

“Mulanya dia ada sebu perut. Berat badannya pula turun mendadak 20 kilogram. Saya adik-beradik semua risau mak sakit apa.”

“Ketika pemeriksaan doktor, awalnya kata mak mungkin ada gastrik. Lepas tu buat pemeriksaan dengan doktor pakar pula.”

“Rupa mak dah ada macam-macam. Sebelum ni tak ada kencing manis, tiba-tiba bacaan gula dah tinggi iaitu 30.”

Di laman Instagram, Achey telah menemai ibunya di dalam ambulan ketika berpindah dari Batu Pahat ke Johor Bahru.