Potong dan panjat pagar, Daiyan Trisha nakal rupanya

2,247 views

Tampil dengan penampilan yang comel dan cantik, mesti orang ingatkan Daiyan Trisha ni seorang yang lemah lembut dan manja-manja.

Tetapi sebenarnya, ramai yang tak tahu ketika sekolah Daiyan Trisha ni rugged juga orangnya, bukanlah jenis yang skema.

Hal ini didedahkan sendiri oleh Daiyan Trisha yang mengimbau kembali kenangan ketika dia bersekolah.

Penyanyi dan pelakon berumur 28 tahun ini mengatakan dia boleh dikatakan agak nakal juga ketika di sekolah. Namun bukanlah pelajar yang suka buat hal dan buat kacau, cumanya nakal biasa-biasa saja.

Walaupun bukan budak skema, Daiyan tetap tumpukan perhatian pada pelajaran ketika bersekolah.

Masa kat sekolah Daiyan dah pun start buat Youtube. Kadang-kadang perform kat sekolah. Tapi masa tu, saya nakal juga waktu tu, tapi study juga.

Daiyan dulu kalau ada spot check, akan sorok phone, pastu pernah potong pagar sekolah, Daiyan pernah panjat pagar. Panjat tu untuk masuk ke kelas bukan untuk ponteng, sebab masa tu dah lambat. Dengan kawan-kawan la.

Daiyan berkata sepanjang buat perkara yang nakal, dia hanya pernah kantoi sekali saja. Dan ketika exam, pelakon drama Projek Anchor SPM ini turut akui pernah meniru.

Pernah kantoi sekali saja. Lepas tu kena denda la kot, dah tak ingat. Masa exam dulu Daiyan pun pernah meniru, ketika soalan objektif la. Contoh macam dah siap jawap semua lepas tu ada lima soalan yang Daiyan tak tahu, tiga tu akan bantai dan dua lagi tu macam saja-saja nak communicate tanya jawapan dari kawan. Tapi tak selalu tiru la.

Daiyan turut sempat mengucapkan ucapan tahniah kepada semua pelajar yang dah selamat ambil SPM di saat pandemic ini.

 “Saya tengok ramai yang dapat semua A dalam SPM. Walaupun ada yang tak dapat straight A, dapat result yang tak memberangsangkan, semua patut beri tepukkan kepada diri sendiri. Tahniah kepada budak yang baru habis SPM.

Itulah kenyataan dari Daiyan Trisha menerusi satu tembual dengan pihak Mstar.