Kalau sebut saja nama Bell Ngasri ni, dah semestinya orang akan ingat fizikal pelakon berkenaan, yang mana seorang yang awet muda dan juga ketinggiannya yang agak rendang.
Dengan fizikal yang kecil dan wajah yang bagaikan tak dimamah usia, Bell Ngasri sering dikatakan masih muda walaupun umur dah mencecah 43 tahun.
Baru-baru ini, Bell Ngasri telah ditemubual menerusi satu segmen di portal Gempak iaitu segmen Lawak Atau Koyak.
Rancangan ini dihoskan oleh seorang pengacara baru bernama Kecik.
Kepada yang tak tahu, sebenarnya rancangan ini satu segmen yang santai saja, di mana pengacara akan cuba bertanya soalan yang tak patut kepada selebriti dalam cubaan untuk koyakkan mental mereka.
Soalan selalunya secara bergurau saja.
Kini dah tiba masa untuk menemubual Bell Ngasri.
Ketika temubual ini, akhirnya, Bell Ngasri amat gembira kerana setelah sekian lama, ada juga orang yang lebih rendah darinya.
Ketika berdiri di sebelah, Bell Ngasri dilihat sedikit tinggi dari pengacara rancangan ini iaitu Kecik.
“Abang cuba diri, cuba eh, nak tengok.” Kata Kecik.
Bell Ngasri kemudian melihat dirinya lebih tinggi lantas terus saja tergelak besar.
“Haha, saya lagi tinggi. Makan tahun juga nak cari orang lagi rendah dari saya. Awak rupanya.”
“Saya amat berbangga akhirnya dapat juga saya tinggi.”
Untuk video penuh boleh layan di bawah ni, memang lucu.
Di segmen berkenaan, cubaan kecik untuk koyakkan Bell Ngasri tak berjaya, yang akhirnya pengacara pula yang koyak.
Sehingga kini belum ada kenyataan sahih tentang berapa sebenarnya ketinggian Bell Ngasri ni, namun ada yang kata lebih kurang 160cm, atau 1.6meter.
Sebelum ini, Bell Ngasri ada berdiri di sebelah Anna Jobling, yang ternyata lebih tinggi darinya kerana Anna mempunyai ketinggian 170cm atau 1.7m.