Pelakon Hafidz Roshdi kini telah pun disahkan bercerai dengan Nurul Syuhada dengan talak satu semalam.
Proses pengesahan lafaz telah dijalankan di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam.
Kedua dua Hafidz Roshdi dan Syuhada telah hadir ke mahkamah, dan semuanya disahkan, mereka bukan lagi suami isteri.
Hafidz telah melafazkan talak ke atas Syuhada pada 22 Februari lalu.
Shuhada juga tak perlu jalani tempoh edah yang kerana telah pun selesai pada 23 April lepas.
Hal ini disahkan oleh Hakim Syarie, Siti Rahmah Husssin.
Setelah sah berpisah, pihak media ada bertanya tentang perkembangan terkini pelakon berkenaan.
Antara soalan yang ditanyakan kepadanya ialah tentang wanita yang dikatakan menjadi punca keretakkan rumah tangganya dengan Syuhada iaitu Athira Yuhada.
Menjawab soalan berkenaan, Hafidz nafi telah berkahwin dengan Athira Yuhada.
Malah, mereka masih lagi sedang kenali hati budi dan buat masa sekarang belum lagi fikir ke arah perkahwinan.
“Saya belum berkahwin lagi. Rileks dululah. Nanti kalau ada saya umumkan. Apa-apa saya akan roger.”
Sebelum ini, ada laporan mengatakan Hafidz Roshdi akan membuat pengesahan berhubung status hubungan dengan Athira Yuhada semasa hadir ke Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu Jun yang lalu.
“Tentang ada pengakuan tentang Athira yang saya akan buat selepas bercerai itu, tiada komen. Itu di bawah perbincangan nantilah.”
“Buat masa sekarang ni saya tak ada apa-apa persediaan dan persiapan ke arah itu lagi.”
“Saya tak ada pun cakap untuk umumkan sesuatu.”
“Belum ada apa-apa lagi. Kami hanya berkawan.”
Itulah jawapan dari Hafidz Roshdi apabila ditanya tentang Athira Yuhada.
Buat masa sekarang mereka hanya berkawan saja dan belum lagi ada sebarang rancangan ke arah perkahwinan.