“Makin teruk perangai” Kakak dah tak tahan, dedah sikap ayah Asif (pelakon Syahmi Sazli)

2,157 views

Naskah dari produksi Syahmi Sazli memang dah dikenali ramai di Malaysia ni. 

Selain Syahmi Sazli, antara pelakon yang amat popular ialah Yoe parey dan juga Asif. 

Semalam para peminat karya Syahmi Sazli telah dikejutkan dengan satu berita melibatkan Asif. 

Ianya merupakan masalah keluarga yang timbul antara ahli keluarga Asif sendiri. 

Isu ini timbul setelah kakak kepada Asif bernama Tina, telah menulis panjang lebar tentang ayah kandung mereka. 

Tina mendedahkan bahawa ayahnya menduduh Tina telah songlap duit Asif. 

Untuk pengetahuan, Syahmi Sazli dikatakan memberikan wang bayaran hasil lakonan kepada Tina. 

Ayah Asif iaitu Suhaimi, menuduh kakak Asif iaitu Tina tidak memberikan wang sepenuhnya kepada Asif. 

Ini tulis ayah Asif: 

“Bukti Syahmi Sazli dah buat pembayaran kepada kakak Asif untuk satu lakonan sebanyak RM7ribu. Tetapi kakaknya cakap wang adiknya, hanya RM4ribu, lagi RM3ribu dah kemana, sanggup songlap duit adik sendiri.” 

Tidak duduk diam, kakak kepada Asif iaitu Tina tampil menceritakan hal yang sebenar. 

Jelasnya, ada sebab mengapa dia hanya memberikan lebih kurang separuh dari hasil lakonan Asif kepada ayahnya. 

Tina berkata, dia mengambil inisiatif untuk simpan separuh gaji Asif itu untuk simpanan masa depan Asif. 

Ini ada kaitan dengan sikap ayahnya yang didakwanya banyak menghabiskan wang Asif dengan perkara yang tak bermoral. 

Antaranya ialah mengambil barang terlarang serta bermain kuda atau spin. 

“Dah lama simpan, makin lama makin teruk perangainya.” 

“Benarlah Syahmi ada bayar sebanyak RM7ribu, dan saya yang beri RM4ribu saja. Sebenarnya baki tu saya buat untuk simpanan Asif.” 

“Kenapa tak bagi semuanya? Kalau tanya jiran, sepupu, ahli keluarga lain pun dah tahu jawapannya, perangai ayah.” 

Tian juag menjelaskan bahawa Syahmi dan isterinya iaitu Nissa juga ada memberi nasihat kepadanya. 

“Syahmi, Nissa pun ada beri nasihatkan suruh buat saving untuk Asif, sebab tahu dah, kalau beri semua pada ayah, tak akan nampak hasilnya.” 

Tina juga mendakwa, adiknya Asif pun ada mengadu tentang perangai ayahnya itu. 

“Sampaikan ke tahap Asif pun ada mengadu, dia kata, Along, ayah main kuda kat dalam bilik depan kita. Duit ayah pun dah habis main spin.”  

Tina berkata bukan sekali dua, tetapi dah banyak kali Asif mengadu. 

Malah dia juga ada merakam bukti aduan dari Asif itu. 

Selain itu, Tina juga seringkali memberi wang kepada Asif melalui ornag lain iaitu sepupunya kerana tak percaya dengan ayahnya itu. 

“Kalau duit aku beri kat ayah aku, kornag faham-fahamlah, barang dapur pun tak jadi apa.” 

Tina juga mendedahkan, dia sendiri pernah membayar hutang ayahnya kepada ah long dan juga ayah ada berhutang dengan rakan-rakan untuk membeli pil terlarang. 

Tian juag membuka cerita pada tahun 2019 yang mana ayahnya menggunakan Asif untuk meminta gaji dari Syahmi, walaupun ketika itu bukan masa untuk gaji lagi. 

“Dia rekod video suruh Asif cakap yang bukan-bukan, Asif ni sebab dia takut, dia ikutkan saja cakap ayah dia.” 

Tina menambah dirinya sudah takdapat tahan sabar lagi, dan kini dah tiba masanya untuk menceritakan hal sebenar. 

Ini luahan serta cerita penuh dari Tina, kakak kepada Asif tentang ayahnya bernama Suhaimi. 

Apapun, kesian nasib yang menimpa Asif, seorang yang kurang upaya akhirnya terjebak dengan isu keluarga sebegini. 

Setelah kakak Asif, Tina mengeluarkan kenyataan ini, masihbelum ada sebarang kenyataan balas dari ayah mereka iaitu Suhaimi.