“Notis dah dikeluarkan” JPJ siasat kereta Mclaren milik Opai

1,114 views

Pihak JPJ atau Jabatan Pengangkutan Jalan telah menerima laporan berkenaan isu kereta mewah jenis Mclaren berwarna hijau yang virla baru-baru ini. 

Kereta milik Opai iaitu suami kepada Fatin Afeefa itu mula diperkatakan setelah didapati nombor plate serta nama pemilikannya bukan miliknya. 

Melalui laporan Kosmo, pihak JPJ kini dah pun keluarkan notis memanggil Opai untuk menyiasat hal ini. 

Hal ini disahkan sendiri oleh Timbalan Pengarah JPJ Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, iaitu Erick Jusiang. 

Jelasnya JPJ mengarahkan notis panggilan temu siasat dikeluarkan terhadap pemilik kenderaan berkenaan untuk bantu siasatan. 

“Kita dah pun buat semakan di aplikasi MySikap dan dah sahkan bahawa nombor pendaftaran McLaren itu tidak sama dengan pemiliknya di MySikap dan siasatan lanjut masih berjalan.”  

“Saman masih lagi belum dikeluarkan dan semua ini masih dalam proses siasatan. Kami dah keluarkan surat dan notis kepada pemilik kereta berkenaan.” 

Jelas Erick Jusing lagi, apa yang dilakukan oleh pemandu kereta yang menggunakan nombor pendaftaran lain adalah satu kesalahan. 

“Kita mahu menegaskan bahawa tindakan pamer nombor pendaftaran kenderaan lain tetap menjadi kesalahan dan akan disaman.”  

“Untuk ubah suai kenderaan, semuanya perlu melalui proses siasatan dulu.” 

Sebelum ini, ada laporan menegaskan bahawa nombor plate yang digunakan di kereta jenis Mclaren itu iaitu QPA1 merupakan milik sebuah syarikat di Sawarak, dan tiada nama Opai dalam senarai berkenaan. 

Selain itu, melalui laporan dari pihak Scrut, didapati kereta berkenaan juga bukan milik Opai sebaliknya milik seorang lelaki bernama Hafiz Wasa. 

Dalam satu kenyataan, Hafiz Wasa menjelaskan bahawa Opai yang juga rakannya, telah pun membeli kereta berkenaan namun masih lagi tak sempat untuk menukar nama.  

Opai pula berkata, nombor plate yang digunakan di kereta berkenaan hanyalah untuk bergambar saja, sebagai kenangan ketika dia berkahwin dengan Fatin Afeefa dulu.