Mamat Sepah sedih tak datang majlis nikah Shuib Sepahtu dan Watie

9,956 views

Malam tadi, telah pun selamat pelawak serta penyampai radio terkenal, Shuib Sepahtu disatukan sebagai pasangab suami isteri, dengan wanita pilihan hatinya bernama Watie Hanifiah. 

Shuib, yang juga perupakan founder Bubble Bee, mengucapkan akad nikah dengan sekali lafaz saja.  

Majlis pernikahan berlangsung dengan lancar dan meriah, dihadiri ahli keluarga dan rakan-rakan kedua belah pihak. 

Dapat dilihat beberapa rakan artis turut menghadiri majlis pernikahan Shuib dan Watie, antaranya, Nabil Ahmad, Ajak Shiro, Nora Danish, Zulin Aziz, Marsha Milan, Mk K-Clique, Wan Sharmila dan ramai lagi. 

Namun tidak kelihatan dua sosok yang merupakan rakan baik Shuib iaitu Mamat Sepah dan juga Jep Sepahtu. 

Menerusi satu temubual, Mamat Sepah tak dapat hadir ke majlis Shuib disebabkan sedang bekerja. 

Mamat Sepah kini merupakan antara peserta dalam rancangan Mega Spontan, tayang Astro Warna. 

Kata Mamat, dia juga amat sedih kerana tak dapat nak hadir ke majlis nikah rakannya itu. 

“Shuib, tadi petang saya dah call dia. Saya ada video call dia kejap tadi, tapi line tak berapa clear.” 

“Saya cakap good luck brother, selamat pengantin baru. Sorry aku tak boleh datang.” 

“Jujur memang sedihlah terasa, sebab dulu masa dia kahwin dengan arwah, saya pun orang terakhir yang datang. Masa tu memang saya sangat sibuk ada penggambaran.” 

“Masih ingat saya bagi jambangan buang pada arwah. Masa tu arwah pun nangis.” 

Mamat Sepah juga mengimbau kenangan, semasa dia kahwin dengan isteri dulu, Shuib juga pernah memberinya hadiah. 

“Saya masih ingat lagi dulu, masa saya kahwin, Shuib pernah bagi saya duit, beribu juga.” 

Mamat juga sempat berseloroh meminta Shuib kahwin ikut masa Mamat. 

“Tak dapat datang pula dia kahwin malam ni. Saya dah minta dia adjust untuk kahwin ikut waktu saya. Saya suruh dia kahwin esok sebenarnya, kenapa nak kena kahwin hari ini. Atau kau kahwin la kat sini pentas Mega Spontan.” 

Ini video ucapan Mamat kepada Shuib. 

Apapun, ikatakan sahabat masih lagi utuh antara Mamat Sepah dan juga Shuib Sepahtu

Mamat Sepah tak hadir ke majlis kahwin Shuib Sepahtu disebabkan urusan kerja sebagai peserta Mega Spontan.