“Matang, suka tengok” Peminat happy lihat keakraban Nora Danish, Fasha Sandha

7,096 views

Shuib Sepahtu telah pun melangsungkan perkahwinannya dengan pilihan hati bernama Watie pada hari Jumaat yang lalu.   

Dengan sekali lafaz, Shuib kini sah bergelar suami kepada Watie, yang merupakan seorang ahli perniagaan.   

Memang ramai rakan yang dilihat hadir termasuklah beberapa selebriti terkenal tanah air. Antaranya ialah Nabil Ahmad, Ajak Shiro, Zulin Aziz, Wan Sharmila dan ramai lagi.  

Namun yang turut menjadi perhatian ialah kehadiran dua pelakon terkenal iaitu Nora Danish dan Fasha Sandha.  

Mempunyai sejarah pernah berkahwin dengan lelaki yang sama iaitu Jejai, kedua pelakon ini dilihat telah meletakkan kisah mereka di belakang.  

Nora Danish dan Fasha Sandha sudah pun move on dan kini bahagia dengan keluarga masing-masing.  

Malah hubungan mereka berdua juga dilihat amat akrab. Ini dapat dilihat jelas ketika berada di majlis perkahwinan Shuib dan Watie.  

Nora Danish dan Fasha Sandha dilihat bergambar bersama dan juga mengambil video bersama.   

Malah, melihat keakraban mereka, bekas suami, Jejai turut menulis komen di ruangan laman media bekas isterinya itu.  

Steadylah Fasha, Nora Danish.” Tulis Jejai ringkas.  

Ini video Fasha bersama Nora Danish di majlis nikah Shuib dan Watie.  

Ini pula komen Fasha, Nora dan juga bekas suami mereka Jejai.

Menjengah di ruangan komen, ramai yang menulis amat gembira melihat hubungan yang amat baik antara kedua pelakon ini.  

Ini antara komen dari warga maya.  

“Macam ni, barulah dua dua matang. Bukan macam sesetengah perangai budak lagi. Salute both of you, Nora and Fasha.”  

“Love to see this girls. Love.”  

“Suka betul tengok korang berdua ni. Pure heart.”  

 Selain itu, ramai juga yang memuji kecantikkan yang dimiliki kedua dua pelakon terkenal ini. Dua-dua memang jelita betul  

 Untuk info, Nora Danish pernah berkahwin dengan Jejai pada tahun 2006 sebelum berpisah pada tahun 2008.  

Jejai kemudian berkahwin dengan Fasha Sandha pada tahun 2012 namun hubungan terhenti pada tahun 2016.  

Nora Danish kini bahagia bersama suaminya Nedim yang juga rakan Jejai, manakala Fasha Sandha sedang mengulit bahagia bersama pelakon Aidil Aziz.