Penyanyi, pelakon dan ahli perniagaan, Abby Abadi antara yang terkesan dengan kisah rumah tangga pasangan selebriti Fattah Amin dan Fazura yang sedang bergolak. Abby Abadi menangis baca kisah Fattah, Fazura.
Abby ternyata tak dapat rasa sebak apabila mengenangkan kisah Fazura dan Fattah.
Tatkala membaca kisah mereka, ternyata dia tak dapat menahan air matanya dari bergenang dan mengalir.
Abby juga antara pihak yang berharap agar perkahwinan selebriti berkenaan akan dapat dipertahankan.
“Adik-adikku Fattah dan Fazura, please kalau rasa diri tersakiti sebenarnya lebih ramai yang tersakiti di luar sana di saat ini.”
“Kecil sangat ujian ini, minta pertahankanlah.”
“Akak sedang berniaga ni, dari pagi kejap-kejap menangis baca cerita korang berdua.”
Sedih dengan berita berkenaan, Abby meminta kedua dua mereka untuk tak cepat mengalah dan perbaiki apa yang kurang dalam hubungan mereka.
“Janganlah. Akak sedih sangat ni. Kita sebagai manusia, tak sempurna. Jangan cepat sangat mengalah dengan keadaan.”
“Perbaiki saja apa yang kurang, jangan berpisah, jangan.”
Luahan rasa hati dari Abby itu dibuat menerusi satu posting di laman media miliknya semalam.
Abby muatnaik video yang memaparkan detik mesra antara Fattah dan Fazura.
ABBY KOMEN DI POSTING FATTAH
Selain itu, Abby juga ada menulis komen di posting Fattah Amin yang meminta pelakon berkenaan untuk terus memujuk isterinya itu.
“Pujuklah isteri dik, pujuk, peluk dia kuat-kuat.” Tulis Abby Abadi.
Itulah reaksi dari orang ramai termasuklah Abby Abadi menangis baca kisah Fattah, Fazura.
Komen dari Abby itu mendapat respon dari orang ramai yang turut menyokong agar kedua dua suami isteri itu tidak berpisah.
Semalam, kedua dua Fattah Amin dan Fazura hadir di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, Selangor bagi sebutan permohonan cerai yang dilakukan oleh Fazura.
Kenyataan dari Fattah boleh baca di sini.
Manakalah Fazura juga memberi kenyataan, boleh baca di sini.
Kes Fazura dan juga Fattah Amin akan disambung pada tarikh 7 Oktober 2024.