Maryam paling excited, sampai cium baby bump.. Siap tanya Fizo baby nak keluar ke

7,205 views

Pelakon, pengacara yang juga ahli perniagaan, Fizo Omar telah menjadi tumpuan awal pagi tadi setelah memuatnaik satu video pendek yang menunjukkan moment mesra di antara isterinya, Fazeera dan anaknya, Wan Maryam.

Video selama 10 saat itu menunjukkan anaknya Maryam kelihatan amat teruja untuk menjadi kakak setelah isteri Fizo, Fazeera kini sedang hamil anak pertamanya sejak bergelar isteri kepada Fizo.

Wan Maryam dikatakan tak sabar nak jadi kakak, dan dilihat telah mencium perut Fazeera yang sudah jeals kelihatan baby bump.

Ini caption yang ditulis oleh Fizo Omar yang mana mengatakan Maryan juga ada bertanya sama ada baby baru itu dah keluar. “The most excited sister, kakak yang terpaling teruja. Daddy baby dah keluar ke.”

Melihat ruangan komen, memang ramai yang seronok melihat telatah Maryam yang amat tertunggu kedatangan adik baru.

Ada yang mengatakan Maryam ini akan menjadi seorang kakak yang baik kepada adiknya kelak.

Ini antara komen dari netizen.

Azian Naizashop menulis: “Semoga akan menjadi kakak yang paling saya pada adik nanti ye.”

Yunaa pula memberi pendapat: “Maryam excited nak dapat adik, sayang betul adik iaitu baby dalam perut mama tu. Jaga adik baik-baik ye sayang.”

Pengguna bernama Yatishadan berpendapat: “Inshaaallah, Mariam ni mesti akan jadi kakak yang penyayang.”

Memang jelas keihatan betapa seronoknya Wan Maryam nak dapat adik dah nanti. Semoga urusan Fizo dan juga isterinya Fazeera akan dipermudahkan.

Untuk info Fizo Omar dan Fazeera yang merupakan bekas flight attendant, bernikah pada bulan Oktober tahun 2021.

Wan Maryam, yang kini dah masuk 5 tahun, merupakan hasil perkahwinan Fizo Omar dengan ahli perniagaan Mawar Karim, yang mana perkahwinan mereka berakhir pada tahun 2019.