Sophia Albarakbah tunjuk bukti tengok persembahan Liza Hanim

17,429 views

Semalam, Bella Astillah dilihat telah membidas kenyataan dari Sophia Albarakbah berkenaan penjelasan dari pelakon berkenaan yang hadir ke minggu ketiga All Stars Gegar Vaganza. 

Kata Sophia, dia hadir untuk memberi sokongan kepada sepupunya iaitu penyanyi Aisha Retno yang membuat persembahan di acara GV live plus. 

Sophia memberitahu, dia menonton sehingga persembahan Liza Hanim. 

Liza Hanim membuat persembahan selepas persembahan dari Aliff Aziz. 

Dan ini sekaligus menepis dakwaan dari Bella Astillah bahawa Sophia telah gerak keluar sebaik saja suaminya, Aliff Aziz selesai membuat persembahan. 

Bukan itu saja, Sophia juga menunjukkan bukti bahawa memang dirinya menonton persembahan dari Liza Hanim. 

Ianya dari paparan video yang menunjukkan kamera menunjukkan wajah Sophia dan Aisha sedang menyaksikan persembahan Liza Hanim pada Ahad lalu. 

Astro Ria tayang wajah Sophia ketika persembahan Liza Hanim

Sementara itu, kelab peminat Sophia Albarakbah turut menempelak kata-kata dari Bella dengan mempersoalkan siapakah yang putar belit sebenarnya. 

Elok je Sophia tengok persembahan Liza Hanim, siapa yang putar belit sebenarnya ni.” Tulis instagram kelab peminat Sophia. 

Dilihat tak mahu mengeruhkan lagi keadaan, Sophia kemudian ada menulis tak perlu mengusik orang lain. 

Biarlah orang buat pada kita, janganlah kita buat kat orang.” Tulis Sophia Albarakbah melalui satu caption. 

Sementara itu, Sophia juga memuatnaik dirinya sedang menonton persembahan Aisha Retno di pentas GV plus dan memberi sokongan kepada penyanyi baru berkenaan. 

Sophia juga ada bergambar bersama sepupunya itu. 

Sophia muatnaik video Aisha sekitar jam 11pm

Itulah perkembangan terkini tentang isu melibatkan Sophia Albarakbah yang hadir ke minggu ketiga Gegar Vaganza yang mana Aliff Aziz antara pesertanya. 

Sebelum ini, telah timbul isu yang mana Sophia Albarakbah pernah dikaitkan dengan suami Bella Astillah itu setelah berganding dalam satu drama bersama.