Pelakon dan pengacara yang hyper aktif dan agak gila-gila, iaitu Ain Edruce memang disenangi ramai. Telatahnya yang bersahaja semasa menjadi pengacara seringkali mencuit hati para penonton.
Ain Edruce yang kini berumur 31 kini sedang bahagia bersama suami tercinta bernama Amirul Hafiz.
Pada tahun 2020, Ain Edruce telah memiliki sebuah rumah idaman.
Pernah muatnaik sedikit house tour pada tahun 2020, ketika itu rumahnya masih lagi baru dan belum lagi siap sepenuhnya.
Kali ini rumah Ain Edruce dah pun siap sepenuhnya.
Melalui satu video dari Impiana, Ain Edruce akhirnya buat house tour rumahnya yang dah siap dan amat cantik.
Dikatakan konsep atau tema yang diambil ialah moden tropikal, macam ala-ala Bali gitu.
Jelas Ain Edruce, rumahnya ini telah dihias dan design oleh syarikat abangnya sendiri, yang merupakan interior designer dari Cozy For Us.
Kalau tengok rumahnya ini, memang amat cantik, macam resort atau hotel. Hiasan serta pemilihan perabot serta hiasan dalam rumah, membuatkan mata terpesona melihatnya.
Ini ada beberapa gambar rumah Ain Edruce.
Tanpa berlengah masa lagi, jom layan house tour rumah Ain Edruce dan suaminya Amirul Hafiz.
Apa yang menariknya, meja makan di rumahnya itu amat kukuh, dibuat dari rain tree yang diimport khas dari Bali.
Ianya amat sehinggakan Ain Edruce tunjukkan dia boleh berdiri di atasnya.
“Berbulan juga nak cari meja ni, bawah bahagian kakinya tu pun custome made.”
Selain itu, Ain Edruce juga pernah berkata, suaminya Amirul pernah naik angin apabila dia membeli langsir di rumahnya sehingga mencecah dua puluh ribu harganya.
Kata Ain Edruce, langsir tu amat berkualiti sebab tu nilainya sebegitu.
Tahniah diucapkan kepada Ain Edruce dan suaminya Amirul Hafiz kerana memiliki rumah idaman yang amat cantik, amacam cantikkan rumah Ain Edruce.