Menteri Agama warning Sajat, Mufti Penang pula harap Sajat bertaubat

2,719 views

Memang sesuatu yang amat mengejutkan apabila secara selamba, Nur Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad meluahkan keinginan untuk keluar dari agama.

Video berkenaan menunjukkan Sajat menyatakan dia ada membuat kajian agama lain dan berhasrat menukar agama.

Isu ini amatlah besar dan akhirnya Menteri di Jabatan Perdana Menteri Hal Ehwal Agama iaitu Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri tampil memberi kenyataan.

Dr Zulkifli yang juga bekas mufti wilayah telah memberi satu amaran keras kepada mereka yang dengan sengaja atau bergurau serta persendakan mahu tukar agama. Ini memang satu perkara yang dipandang serius.

“Bukan saja saudara Sajat, tapi kepada semua orang. Menyebut kalimah untuk keluar Islam atau tukar agama ni bukanlah satu kalimah yang boleh kita buat gurauan atau main-main.”

“Kita perlu rasa mulia apabila kita menganuti agama Islam dengan syahadah yang kita lafazkan, dan ikrar yang kita telah janji dan kotakan.”

“Perkara ini patut kita pandang serius kerana ianya merupakan antara tunjang kepada agama ini.”

Ini video dari temubual dengan Dr Zulkifli.

Sementara itu, Mufti Pulau Pinang iaitu Datuk Seri Dr Wan Salim pula menyeru Sajat untuk kembali ke pangkal jalan dan ke fitrah asalnya iaitu seorang lelaki.

“Tanpa panduan akal dan agama, maka seseorang akan terpesong dan boleh memudaratkan diri sendiri serta orang lain.”

“Menyimpang daripada fitrah asal hanya menyukarkan diri sendiri dan tak akan memberi kebahagiaan.”

“Kembali pada fitrah dirinya sebenar sebagai seorang lelaki bukan wanita atau khunsa dan bertaubatlah kepada Allah sementara sempat.”

“Kalau terlalu ikut hati nanti pasti anda akan menyesal dan akan terima akibat. Agama Islam dan umatnya tak rugi apa-apa dari tindakan anda yang tak bijak ini.”

“Sila kasihani diri anda sendiri. Hidup dunia hanya sementara dan kita akan pergi ke alam yang kekal abadi. Sekian sahaja nasihat saya dari seorang tua, semoga bermanfaat untuk Nur Sajat.”

Itulah nasihat mufti Penang kepada Nur Sajat, semoga bertaubatlah wahai Muhammad Sajjad.