“Menyesal ke kahwin saya” Jasmin Hamid bincang tentang zuriat dengan suami

5,792 views

Pelakon Jasmin Hamid 49 tahun, memberitahu bahawa suami Nazmir Abd Rahim, 36 tahun, telah banyak membantunya sejak berkahwin.

Jasmin Hamid mempunyai masalah dengan jantung dan dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh baru ini.

Suaminya yang menjaga Jasmin Hamid sehingga kini, dan dilabel sebagai nurse peribadi kerana sentiasa menjaga kesihatannya, termasuklah check tekanan darah dan mengambil ubat.

“Nak cerita kisah pengorbanan suami, memang dah lama Nazmir banyak berkorban untuk saya.”

“Nazmir dah lama ada di sisi saya sebab sebelum ini pun dia memang kerja sebagai pembantu peribadi saya.”

“10 tahun dia bekerja dengan saya, Nazmir ni tidak berkira tentang kudrat mahupun wang ringgit.”

Jasmin mengaku pernah tanya kepada suami sama ada dia menyesal mengahwini isteri yang berusia dirinya apatah lagi mempunyai isu jantung pula.

“Saya pernah tanya, tak menyesal memperisterikan saya. Dulu sebelum berkahwin, saya sihat. Tetapi, selepas beberapa bulan berkahwin, saya diuji pula, ada jantung.”

“Suami menegaskan tidak pernah sesekali menyesal dengan takdir yang tertulis, saya amat terharu. Baginya, umur isteri yang tua atau muda, semuanya ketentuan dari Illahi.”

“Nazmir ada cakap, tak semestinya orang muda lebih kuat. Tak semestinya, orang tua akan pergi dulu, semuanya dah di aturkan Illahi.”

Tentang zuriat, Jasmin Hamid memberitahu dia dah bincang dengan Nazmir dan juga family Nazmir tentang isu ini agar ianya tak berbangkit.

“Sebelum kahwin dulu, kami dah ada bincang tentang soal zuriat. Saya kena berterus-terang sebab saya bukannya muda. Saya tidak nak soal zuriat akan diungkit nanti.”

“Saya juga tak nak hanya tak mampu bagi zuriat, nanti diganti pula dengan payung emas. Oleh itu, sebelum kahwin saya sudah minta suami fikir masak-masak.”

“Kalau suami ada terfikir tentang zuriat, saya minta tak teruskan hasrat untuk kahwini saya.”

“Bukannya nak letakkan syarat dan mahu suami ikut syarat saya. Ini sebab saya tahu sejauh mana kemampuan saya di usia dah masuk 50an ni.”

Jasmin Hamid menegaskan dia bukannta tak nak melahirkan anak untuk suami, tetapi memang banyak risikonya kerana faktor usia dan juga faktor jantungnya.