Baru umur seminggu, Eyra Hazali dan Haziq dedah wajah anak kedua, umum namanya

5,665 views

Pelakon Eyra Hazali dan suaminya pemain bola sepak Johor Darul Takzim iaitu Haziq Nadzli telah pun selamat menimang cahaya mata kedua baru-baru ini.

Eyra Hazali selamat melahirkan baby kedua pada tarikh 19 April yang lalu. Pasangan ini menerima kehadiran baby boy sekitar jam 6 petang di hari yang mulia iaitu hari Jumaat.

Lebih kurang baru seminggu umur baby kedua mereka itu, pasangan ini telah pun bersedia memperkenalkan hero keduanya itu kepada umum.

Tak seperti sesetengah ibu bapa yang lain yang mahu tunggu, Eyra, 23 tahun, dan suami kini dah bersedia, tidak menunggu lama untuk tayang wajah anak mereka.

Pengumuman berkenaan telah dibuat menerusi satu entry di laman Instagram, Eyra Hazali telah muatnaik wajah anak kedua itu dan turut memperkenalkan namanya.

Eyra Hazali, suaminya, dan dua orang anaknya dilihat bergambar sempena raya, dengan memakai baju sedondon berwarna hitam dan diceriakan dengan tudung dan sampin warna biru.

Nama anak kedua Eyra Hazali dan Haziq Nadzli yang dipilih ialah Muhammad Endra Haqimie.

Ini caption yang ditulis oleh Eyra Hazali: “Bismillah, MasyaAllah. Memperkenalkan putera kedua kami iaitu Muhammad Endra Haqimie.

Di ruangan komen, rata-rata peminat dan follower telah memuji kecomelan anak kedua Eyra Hazali ini.

Dapat dilihat juga keterujaan si abang iaitu anak sulung Eyra yang bernama Muhammad Hayder Qhalish apabila dapat peneman iaitu adik baru. Hayder dilihat amat seronok dapat adik. Lepas ini dapatlah bermain bersama-sama.

Untuk info, Eyra Hazali dan Haziq Nadzli berkahwin pada tahun 2019. Eyra sebelum ini terkenal menerusi drama berjudul Mr Grey manakala haziq Nadzli pula bermain sebagai penjaga gol untuk pasukan nombor satu Malaysia iaitu Johor Darul Takzim.