Michael Ang akui tetap ada rasa menyesal buat pembedahan bariatrik, ini sebabnya

8,303 views

Pengarah dan producer Michael Ang ada buat satu pembedahan bariatrik sekitar lima tahun lepas.

Sememangnya itu satu tindakan terbaik yang dibuat untuk kesihatannya. Apa taknya, kini Michael Ang sudah pulih tekanan darah tinggi dan tahap kolesterol kembali normal.

Namun begitu, bagi Michael Ang, dia tetap rasa menyesal kerana membuat pembedahan bariatric itu.

“Benar, kini dah normal, tekanan darah tinggi dah tak ada dan bacaan cholesterol pun terkawal.”

“Kalau dari segi kesihatan, betullah, itu memang keputusan yang baik. Tetapi kaalu pendapat peribadi, adakalanya saya agak menyesal sebab kini saya sudah tak boleh makan secara normal. Lagipun banyak makanan yang saya kena elakkan.”

“Saya ni orang yang dah biasa makan banyak. Sekarang nak tak nak saya kena makan sikit demi sedmikit sajalah.”

Bercerita tentang berat badannya, sejak buat pembedahan pada tahun 2018, Michael Ang akui dia dah kehilangan berate badan sebanyak lebih 50 kilogram.

“Kalau berat saya dulu, sebelum buat pembedahan, dalam 130 kilogram lebih. Sekarang berat saya hanya 80 kilogram.”

“Berat saya mula turun beberapa bulan selepas buat operation tu, dan kini berat ni kekal saja amcam ni. Jika naik pun sikit saja.”

Kata Michael Ang, lagi kaalu seseorang tu nak turun berat, memang paling utama ialah jaga diet.

“Nak turun berat ni kena kawal pemakanan. Dan itulah yang paling sukar kita nak buat.”

Ini pula nasihat Michael Ang kepada mereka yang nak buat pembedahan bariatric ini.

“Jangan buat hanya nak cantik. Sebab akan ada satu tempoh yang sukar dari segi terpaksa kawal pemakanan dan amalkan banyak pantang.”

“Kalau untuk kesihatan, itu memang saya sarankan. Kalau sekadar berat mencecah 80 kilogram jangan mengada-ngada nak buat. Baik pergi buat senaman, amal hidup sihat.”

“Apa pun lebih baik ikut nasihat doktor. Saya pun memang ikut nasihat doktor sebelum buat keputusan jalani pembedahan bariatrik. Kesihatan saya agak merudum masa tu, baru saya bersetuju.”

Itulah pendedahan Michael Ang tentang pembedahan bariatric seperti yang dilaporkan di Utusan.