“Terima kasih Che Ta” Fazura sokong dan puji Che Ta letak harga inai amat murah

1,713 views

Kini trend pakai inai dah makin popular. Malahan banyak produk inai yang berada di pasaran tanah air.

Nampak banyak artis juga ada menjual produk inai ini. Antara inai yang popular keluaran dari artis ialah inai dari Neelofa, juga inai dari Che Ta.

Kedua dua inai dari selebriti terkenal tanah air ini ada kelebihan yang tersendiri.

Kali ini mahu bercerita sedikit tentang inai keluaran dari Che Ta, yang mana pelakon dan pengacara ini berkolaborasi dengan Mazaville, yang dimiliki rakannya iaitu Anas.

Berikutan ada yang cuba nak compare inai Che Ta dengan inai keluaran produk lain, Che Ta ada menulis mengatakan dia tak mahu ada pihak bertelagah dan meminta beli saja yang mana pengguna sukakan.

Kata Che Ta, dia memang jual dengan harga yang murah sikit, sesuai dengan harga untuk orang ramai.

“Rezeki dari Illahi ni memang sangat luas, buat apa nak bertelagah. Che Ta is Che Ta, tolong jangan compare dengan orang lain. Berniagalah dengan cara yang jujur, takkan nampak hebat pun kalau sibuk nak jatuhkan perniagaan orang.”

“Yang ada tanya inai che ni 15hinggit je ye korang boleh beli 2 hingga 3 kotak buat stock.”

Melihat penjualan dengan harga yang murah ini, rakan artis Fazura tampil memberi komen. Kata Fazura di terharu dengan niat suci dari Che Ta yang meletakkan harga inai yang amat murah.

“Baru nak buka tengok inai ni. Saya ucap terima kasih pada Che Ta ingat pada saya dan terima kasih hanya menjual secara murah untuk semua saudara kita.”

Ternyata komen dari Fazura itu amat dihargai para peminat inai dan dipersetujui oleh orang ramai.

Ada juga mengatakan ianya sama macam Fazura juga yang menjual tudung dengan harga yang amat murah dan sesuai untuk orang ramai pakai, tahniah buat Fazura dan Che Ta.