Miera Leyana sah hamil anak pertama, mengidam jalan-jalan oversea

9,601 views

Pelakon Miera Leyana kini telah mengumumkan satu berita baik buat dirinya dan suami. Mereka berdua bakal menimang cahaya mata setelah Miera Leyana disahkan berbadan dua.

Menerusi satu kenyataan Miera Leyana mengatakan dia kini sudah pun mengandung anak pertamanya dan usia kandungan nya  sudah masuk 7 bulan, dah masuk trimester yang ketiga.

Sepanjang kehamilannya, Miera turut meluahkan rasa syukur kerana segala urusan dipermudahkan dan dia turut tidak ada terkena sebarang alahan.

Namun setelah masuk trimester ketiga, Miera akui dirinya mudah penat dan lebih banyak tidur termasuklah di waktu petang.

Saya tak ada kena alahan macam kawan-kawan yang lain alami. Contohnya macam muntah di waktu pagi. Syukur tak ada.

Yang peliknya, alahan mula datang masa kandungan dah sarat. Saya kini lebih mudah penat dan kadangkala tidur petang untuk dapatkan kembali tenaga saya.”

Yang lihat ketara ialah selera makan saya menjadi semakin bertambah. Namun saya tak ada mengidam nak makan yang pelik-pelik. Cumanya saya ada rasa teringin sangat nak makan angin di luar negara maca pergi ke kota London, Paris dan tunaikan umrah.”

Akur dengan perintah kawalan pergerakkan dan keadaan yang melanda, Miera tak dapatlah nak jalan ke oversea. Bercerita lanjut, Miera dan suami masih merahsiakan jantina anaknya.

Jantina anak tunggulah sampai bayi tu lahir, nanti kami akan umumkan kepada semua. Kami lebih selesa jantina anak ini jadi kejutan.”

Dalam pada itu, suami kepada Miera Leyana iaitu Rosland Othman berkata, dia rasa amat gembira dan teruja setelah menerima berita bahawa isterinya itu telah mengandung ‘bunting pelamin’.

Ini komen dari Rosland: “Semoga dengan adanya kehadiran anak pertama kami, maka akan bertambah seri dan bahagia perkahwinan kami berdua.”

Pada Julai 2020, Miera Leyana dan Rosland yang berumur 47 tahun telah disatukan sendiri oleh bapa Miera iaitu Dato Seri Kasmi Arsat. Dikatakan mereka mula kenal antara satu sama lain pada tahun 2016 sebagai rakan.

Apapun tahniah buat Miera Leyana dan juga Rosland Othman, semoga segala urusan dipermudahkan.