Mieya, pemandu wanita kena tunjal kepala, tampil cerita apa yang terjadi “Menggeletar”

5,190 views

Ketika ini telah tular satu video seorang lelaki menunjal kepala seorang wanita dalam satu kes yang berlaku di tepi jalan raya sekitar Cameron Highland. 

Lelaki yang memakai baju berwarna merah dilihat naik angin dengan cara pemanduan wanita berkenaan. 

Namun cara lelaki berkenaan bercakap dengan nada yang agak kasar selain menunjal kepala wanita berkenaan membuatkan ramai yang tak setuju. 

Kemudian ada pula seorang saksi lain yang berkata, cara wanita itu memang amat membahayakan orang lain, sehingga kereta lelaki berkenaan terpaksa ketepi. 

Melalui satu temubual dengan portal Mstar, pemandu wanita berkenaan bernama Mieya yang berumur 25 tahun. 

Ditanya tentang insiden itu, Mieya mengatakan dia hanay serahkan kes berkenaan kepada pihak polis. 

Mieya turut menafikan cara pemanduannya membahayakan pengguna jalan raya lain. 

“Saya menyerahkan hal ini kepada pihak polis, biar mereka yang menyiasat kejadian ini.” 

“Berkenaan ada saksi cakap yang kereta hampir masuk curam tu, saya tak boleh nak komen lebih. Namun saya dah pun menceritakan semuanya yang berlaku kepada pihak polis.Biar mereka siasat.” 

“Ketika kejadian itu, tiada benda mahu pun kemalangan yang berlaku. Cuma kereta saya tak ada dashcam. Rakaman itulaj saja bukti yang saya ada.”  

“Apa yang boleh saya cakap, kalau boleh, biarlah kita ini sama-sama give and take. Kita pun tahu area Jalan Tapah Cameron Highlands tu macam mana. Kalau tak boleh beri kerjasama, jangan pula nak menyalahkan orang lain pula.” 

Mieya berkata, ketika itu dia dan adiknya dalam perjalanan pulang dari Cameron Highland ke rumahnya. 

“Kejadian dalam jam 5 setengah petang. Selepas kena hembur dengan kata-kasar dan ditunjal itu, saya memang amat trauma. Termasuk adik saya juga, kami memang trauma.”  

“Saya dan adik dua-dua terus demam selepas pulang. Memang saya trauma sangat-sangat sebab ia kejadian pertama saya kena seperti ini.” 

“Saya memang menggeletar semasa nak teruskan drive selepas kena tu. Adik pula tak boleh memandu sebab masih sekolah menengah.”  

“Kepala saya jadi berpinar juga, namun syukur tiada sebarang kecederaan. Kekasaran yang dia buat tu beri kesan, tak dia nak buat macam tu.” 

Mieya dan adiknya telah pun buat laporan polis setelah tiba di rumahnya. Laporan polis di buat di Balai Polis Saujana Utama. 

Lelaki berbaju merah itu pula telah pun ditahan pihak polis dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Tapah. 

Itulah kisah seorang lelaki tunjal kepada seorang pemandu wanita yang sedang menjadi bualan ketika ini.