Lelaki baju merah tunjal kepala, terlibat satu lagi kes, menampar pekerja kedai makan pula

1,668 views

Kini sedang panas kisah lelaki baju merah yang menunjal kepala seorang pemandu wanita. 

Kejadian berlaku sekitar di kawasan jalan Tapah ke Cameron Highland. 

Dari video, lelaki berbaju merah itu naik angin dengan cara pemanduan wanita berkenaan. 

Namun yang membuat ramai tak puas hati ialah caranya yang agak kasar sehingga meninggikan suara, berkata kesat dan juga menunjal kepala pemandu wanita tersebut. 

Selepas kes ini, warga maya ada berbelah bagi. Ada yang menyokong lelaki berkenaan kerana memberi ajar kepada pemandu yang cuai. 

Ada pula berpendapat, tidak patut begitu, kerana telah mengasari malah menyentuh wanita itu. 

Namun kini ada satu lagi kes melibatkan lelaki berbaju merah itu. 

Kali ini seorang wanita telah mendedahkan bahawa lelaki berbaju mereha itu telah terlibat dengan satu lagi kes. 

Lelaki berbaju merah itu dikatakan telah baik angin di sebuah kedai makan steamboat pula. 

Dari pendedahan yang dibuat, dikatakan lelaki berbaju merah itu naik angin kerana makanan lewat sampai. 

Yang mengejutkan lelaki berkenaan telah menampar beberapa pekerja kedai makan berkenaan. 

Ini kenyataan dari seorang saksi. 

“Dia sudah tampar satu kali, kami sekeluarga yang ada di situ macam malas nak tahu, sebab fikir maybe ada isu.”  

“Kemudian, masa dia nak pergi bayar, dia ada bercakap-cakap dan lempar makanan, kemudian dia terus menampar pekerja kedai tu berkali-kali.” 

Melihat kejadian berkenaan, salah seorang ahli keluarga wanita ini terus bangun dan sound lelaki berbaju merah itu.  

“Jika dah lambat satu jam pun, memang kena sabar. Kalau tak boleh nak sabar, boleh lah angkat kaki dan pergi. Kita pelanggan lain nak ambil mood nak makan, ni kan tempat awam.”  

“Kemudian saya ada cakap nak call polis. Lepas tu dia datang ke meja saya dan cakap agar kami jangan nak masuk campur.” 

Lelaki berbaju merah itu kemudian memarah wanita dan ahli keluarganya kerana masuk campur. 

Isteri kepada lelaki berbaju merah ini kemudian datang dan menarik suaminya itu. 

Dalam pada itu, ada seorang lelaki kemudian menulis komen mengucapkan terima kasih kepada wanita tersebut kerana telah mempertahankannya. 

Disyaki, inilah pekerja yang telah ditampar oleh lelaki berbaju merah tersebut.  

“Saya nak ucap terima kasih kepada keluarga akak ni kerana mereka dah stand up untuk saya dan pekerja lain.” 

Pekerja bernama Dennis Pillai juga telah membuat laporan polis tentang kes yang berlaku di kedai makan steamboat itu, yang mana dirinya telah ditampar oleh lelaki berbaju merah berkenaan, kes sebelum menunjal kepala pemandu wanita.