“Saya dah fikir masak-masak, semuanya saya tanggung” Elyana mahu fokus jiwa, dan keluarga

4,325 views

Elyana kini sudah tidak lagi bertudungm satu keputusan yang dibuat oleh penyanyi ini setelah muatnaik gambar tidak lagi bertudung baru-baru ini.

Bertemu pihak media pada hari ini, Elyana berkata dia dah fikir masak-masak dan hanya menjaga dirinya saja selepas ini.

Penyanyi berumur 35 tahun ini juga tak mahu memberi penjelasan dengan lebih lanjut.

“Saya ambil keputusan untuk tak beri sebarang penjelasan sebab mereka tak mahu pun penjelasan dari saya.”

“Oleh itu, demi menjaga tata susila saya, nak jaga jiwa saya, menjaga persekitaran diri saya ni, dan juga nama baik jangan ceritalah sebab ia dah lama jadi tak baik.”

“Untuk jaga jiwa saya sebenarnya, saya ambil keputusan tak mahu terangkan apa-apa untuk mereka yang tidak mahu langsung faham tentang perkara ini.”

“Dalam hidup saya, tak pernah ada penyesalan kerana ini merupakan proses kehidupan. Apa yang saya boleh cakap, setiap hari saya impikan kehidupan yang baik untuk jiwa yang baik. Jiwa saya sebab dulu-dulu saya selalu fikirkan jiwa dan hati orang lain.”

Elyana menambah dia akan tanggung segala keputusannya.

“Semua yang baik buruknya saya juga akan tanggung. Inilah diri saya. Kalau ada pihak boleh menerima saya, syukur alhamdulillah dan kalau tidak boleh menerimanya, saya tak boleh nak buat apa.”

“Saya dah fikir masak-masak. Saya tak nak cakap apa-apa lagi (berkenaan punca buka tudung).”

Elyana kemudian berterima kasih kepada smeua yang mendoakan dirinya.

Tentang komen yang ditinggal oleh netizen di laman media sosial, Elyana cuba sebaik mungkin menanginya.

“Mungkin saya akan buat sempadan untuk komen. Itu tak bermaksud saya ni salah atau pun takut. Cuma mahu buat jurang dengan pengikut.”

“Kerana selama ini orang rasa senang nak komen tentang saya. Saya senang dan suka untuk rapat dengan orang dan berkawan dengan peminat.”

“Kadangkala kebaikan kita tak dibalas dengan baik pun. Kini dah tiba masa untuk saya letakkan jurang.”

“Saya ada baca komen-komen juga. Sampai orang tag saya. Itu salah satu hal yang menyedihkan saya sebenarnya.”

Elyana berkata kini fokus utama nak jaga jiwanya serta keluarganya saja.