PLKN, nama Imran Bard, Azfar Heri, Syamimia, Ammar Nazhan antara dipetik wargamaya

1,804 views

Kini sedang dalam perancangan untuk mengembalikan Program Latihan khidmat Negara atau dikenali dengan nama PLKN. 

Diumumkan sasaran umur untuk program PLKN kali ini ialah antara 16 tahun sehinggalah ke umur 35 tahun, iaitu mereka yang lahir pada tahun 1987. 

Ekoran berita ini, di laman media, ramai yang mula memetik nama individu terkenal untuk menyertai PLKN. 

Sudah tentu beberapa nama influencer terkenal telah dipetik oleh wargamaya sebagai peserta terawal untuk masuk ke kem latihan ini. 

Menerusi satu hantaran yang kini sedang menjadi bualan ramai, antara nama ialah Kieda Crepe, Imranbard dan juga Azfar Heri. 

“Sebaiknya, boleh panggil influencer untuk intake yang pertama PLKN kali ini. Bolehlah mereka buat review dulu. Azfar Heri, Imranbard, Kieda.” 

Azfar Heri ada terbaca hantaran ini, dan terus saja reply, “Taknak”. 

Di ruangan komen, ramai juga warga maya lain yang meminta beberapa lagi nama untuk dipanggil, dan antaranya ialah Ammar Nazhan, Syamimia, Baby Shima, Ratu Farah Diva, Faiz Roslan. 

Dalam pada, influencer terkenal di Malaysia, siapa lagi kalau bukan Khairul Aming, turut memberi reaksinya apabila terbaca hantaran berkenaan. 

Khairul Aming begitu rileks dan bersahaja sambil melayan dengan penuh sporting. 

“45 hari, 45 resepi. Ketua nanti cakap, bangun semua baris sedia, aku pula cakap, kejap la tengah perap ayam ni.” 

Diruangan komen juga, ramai anak muda yang mahu sertai, jika Khairul Aming merupakan ketua mereka. 

Diimbas kembali, PLKN mula diperkenalkan kira-kira 21 tahun yang lalu iaitu pada tahun 2002. 

Namun pada tahun 2018, program ini telah pun dihentikan sepenuhnya. 

Kini, akhirnya program ini dalam perancangan untuk dimulakan semula dan menerima pelbagai reaksi, terutama setelah pendedahan had umur para peserta yang akan dipanggil.