Pilihanraya Malaysi ayang ke 15 (PU15) telah pun berlangusng hari Sabtu dan keputusan nampaknya tidak memihak kepada Barisan Nasional yang mana presidennya ialah Datuk Seri Zahid Hamidi.
Mendapat keseluruhan tempat ketiga di belakang Pakatan Harapan, diterajui Datuk Seri Anwar Ibrahim dan juga Perikatan Nasional diterajui Tan Sri Muhyiddin Yassin, parti Barisan Nasional mendapat tamparan yang hebat.
Bukan saja dari orang luar tetapi dari ahli parti berkenaan sendiri.
Antara yang meluahkan rasa hati ialah penyokong setia Barisan Nasional iaitu pelakon terkenal Azhar Sulaiman.
Menerusi satu hantaran di media sosial, Azhar Sulaiman menulis kepada Datuk Seri Zahid Hamidi untuk bertanggungjawab dengan kekelahan yang agak teruk ini.
Malahan, Azhar Sulaiman juga meminta Datuk Seri Zahid Hamidi untuk melepaskan jawatannya sebagai presiden UMNO. Ini yang ditulis oleh Azhar Sulaiman.
“Salam Datuk Seri Zahid Hamidi, saya ni sebagai ahli kepada UMNO memohon supaya Datuk Seri untuk bertanggungjawab kerana BN kecundang teruk di PRU yang ke15 ini.”
“Ianya juga adil untuk memohon supaya Datuk Seri turun dari presiden parti UMNO. Ini kerana strategi dan percaturan Datuk Seri telah tersilap sampaikan kita telah kecundang teruk terutama dari persepsi. Siapa dengan saya ankat tangan.”
Dalam pada itu, Azhar Sulaiman turut menegaskan bahawa dia pun tak akan tinggalkan UMNO dan akan setia.
“Mami ni tidak akan meninggalkan parti UMNO dan BN sampai bila, dengan keizinan Nya.”
“Apa yang penting saya ni bersama dengan mana-mana parti pun kerana saya tak terlibat dengan projek dari kerajaan. Yang penting semua tahu siapa saya, adakah kamu semua percaya saya dan juga penghakiman saya.”
Menerusi satu lagi entry, Azhar Sulaiman turut memberi respon di atas ketewasan bekas Perdana Menteri iaitu Tun Dr Mahathir dengan mendoakan Tun M.
“Ya Tuhanku, Engkau peliharalah kesihatan Tun Mahathir dan jauhkan diri dia dari sebarang bencana, selamat berehat Tun Mahathir. Jika ada isu yang besar lagi nanti kami akan call okey. Stay safe dan take care Ayahanda Tun Mahathir.”
Itulah antara kata-kata dari Azhar Sulaiman tentang senario melibatkan pilihan raya ke 15 di Malaysia ini.