Lama tak dengar kisah penyanyi yang juga pelakon Nonny Nadirah.
Last sekali kisahnya tular ialah ketika bertemu dengan rakannya iaitu Mila Jirin, tak lama dulu.
Namun di tahun 2024 ini, dikhabarkan Nonny kemabli menjadi perhatian netizen.
Ini gara-gara selebriti berumur 34 tahun ini dilihat dah kembali tidak bertudung.
Melihat laman Instagram miliknya, Nonny telah menunjukkan kembali gambarnya ketika free hair.
Nonny juga dilihat beberapa kali meluahkan perasaan di Ig story miliknya.
Dia mendedahkan bahawa sebenarnya sudah tiga tahun kena buatan orang.
Ekoran dari terkena buatan orang itu, wajahnya telah senget dan dirinya juga kerap halusinasi.
“Minta maaflah sekarang ni muka saya dah senget sebab kena buatan orang. Sudah 3 tahun ya dan tak mampu nak nangis.”
“Saya saya kena bangkit sendiri dan sangat menghargai sekiranya anda semua boleh memberi sokongan kepada saya.”
“Kalau solat tu, tolonglah doakan saya sekali.”
“Semoga Allah permudahkan urusan kita semua.”
Jelas Nonny, walaupun sedang bergelut namun dia memaafkan perbuatan orang yang membuatnya itu.
“Mari kita lawan sehingga ke hujung nyawa. Tunduk hanya pada yang satu dan tetap berpegang pada kalimah tauhid.”
“Saya tetap maafkan mereka semua di dunia dan di akhirat. Menyerah? Tidak sama sekali. Juga tak berdendam tapi hanya nak luah rasa. Kau tahu apa yang aku rasa.”
Sempena tahun baru ini, Nonny sempat mengucapkan selamat tahun baru 2024 buat semua.
“Selamat tahun baharu 2024. Semoga segala urusan kita dipermudah dan rezeki dilapangkan. Rezeki, jodoh dan ajal semuanya di tangan Tuhan. Tugas saya hanyalah berserah.”
Ini antara luahan hati Nonny.
Nonny yang memulakan kerjayanya dalam bidang seni setelah menyertai Akademi Fantasia, ada memberi bayangan bahawa dirinya mula menyepi dari dunia seni beberapa tahun lalu kerana perbuatan orang lain.