“Gaji Watie separuh pendapatan saya” Shuib

3,289 views

Pelawak pelakon dan ahli perniagaan terkenal, Shuib Sepahtu, 39 tahun, merupakan antara selebriti lelaki yang paling ramai follower di Malaysia. 

Di Instagram, Shuib menduduki tangga ke 15 paling ramai follower, memang satu nama yang cukup besar. 

Boleh lihat senarai penuh top 15 artis dengan follower teramai di Malaysia DI SINI

Walaupun dilihat amat busy dengan jadual yang padat, kini Shuib tiada pengurus peribadi setelah individu yang menguruskannya sebelum ini iaitu Shafiq Sharip, telah pun berhenti. 

Jelas Shuib, ketiadaan pengurusnya itu kini disisi oleh isterinya sendiri iaitu Watie. 

Shuib atau nama sebenarnya, Shahmira Muhammad berkata, untuk cari pengganti sebagai pengurus peribadi ini memang agak sukar dan Shuib sendiri amat cerewet untuk memilih.  

“Saya ni mungkin agak cerewet untuk cari cari siapa yang nak jaga saya kerana saya ini jenis yang pening juga nak dijaga.” 

“Namun, setakat ini syukur ada isteri saya, Watie, dia boleh memandu, kemas beg dan jaga saya dari semua aspek. Dia bolehlah tolong sedikit-sebanyak.” 

Ditanya tentang jumlah gaji yang akan dibayar kepada Watie, Shuib berkata secara berseloroh bahawa Watie dapat separuh gajinya.  

Gaji dia pun separuh dari pendapatan saya.” Kata Shuib secara spontan. 

Tentang bekas pengurusnya, Shuib menyatakan Shafiq kini punyai plan lain sebab itu dia berhenti kerja.   

“Saya pun mahu Shafiq menjadi orang yang lebih hebat lagi, malah dia pun dah ada perancangan hidup sendiri.” 

Watie yang ada disisi Shuib ketika sesi temubual berkata, bahawa dia akan jadi teman Shuib selama lamanya.   

“Saya boleh jaga bukan seketika tapi saya akan teman dia buat selama-lamanya.” 

Ini sedutan video temubual Shuib dari Hibglam. 

Bermula bulan Disember 2023, Shuib memberitahu bahawa Shafiq memilih untuk berhenti sebagai pengurus peribadi selepas lima tahun bekerja dan uruskan semua hal kerjaya dalam bidang seni. 

Shuib juga baru saja berhenti dari menjadi penyampai radio di Suria FM.