Nabila Huda mengalir air mata, sahkan keguguran anak kedua

32,778 views

Sebelum ini pelakon hebat, Nabila Huda pernah merakamkan video yang mana dia disahkan hamil anak kedua. Melalui video itu, anak sulungnya kelihatan mengalirkan air mata kerana gembira apabila ibunya disahkan mengandung dan dia amat happy bakal bergelar kakak.

Namun ternyata impian mereka untuk menerima kehadiran ahli keluarga baru, belum lagi diizinkannya.

Telah disahkan bahawa Nabila Huda kini gugur anak keduanya. Nampaknya impiannya sekali lagi belum tercapai.

Berita yang agak sedih ini dikongsi sendiri oleh Nabila Huda yang lebih mesra disapa dengan nama Abil menerusi IG story semalam.

Nabila Huda telah alami keguguran ketika usia kandungannya itu baru mencecah beberapa minggu. Ini merupakan kali kedua Abil alami keguguran.

“Saya kenalah kuatkan diri ini dan kena reda dengan ujian yang saya alami ini. Saya kini keguguran buat kali kedua. Saya memang ada rasa down ketika berlakunya tumpah pendarahan.

“Namun kini saya akan bangkit semula agar tak berlarutan dengan rasa sedih lebih dalam”

Kata Nabila Huda yang merupakan anak kepada Amy Search, dia memang teringin sangat nak memilik anak kedua bersama suami.

“Memang impian nak tambah anak kedua, nak ada baby kecil sangat. Saya excited bila tahu sedang mengandung setelah buat test malah ianya telah disahkan oleh pihak doktor.

“Pada masa sama, saya ada rasa takut juga jika insiden lama berulang. Dan ternyatalah apa yang saya amat takut berlaku juga akhirnya, ini kali kedua saya gugur.

“Maybe belum ada rezeki buat kami untuk timang anak. Secara jujur, saya kesian dengan suami saya. Dah lama dia tunggu nak ada anak kandung sendiri. Tapi sekaang saya kenalah move on”

Abil berkata sambil mengalirkan air matanya, sudah tentu hal ini amat berat buat dirinya dan juga family.

Nabila Huda dan Izwan Johar dah empat tahun berkahwin. Nabila huda mempunyai seorang anak perempuan Keisha yang kini berumur 10 tahun hasil perkahwin dengan suami pertamanya.