“Nak anak dara.. Janda makcik tak nak” Ibu Wak Doyok reject janda sebagai menantu

1,935 views

Sedang tular satu video yang mana ibu kepada ikon fesyen yang juga ahli perniagaan iaitu Wak Doyok, akui dia memang mahu anaknya itu berkahwin dengan gadis yang berstatus anak dara.

Ibu kepada Wak Doyok yang sudah masuk ke usia 77 tahun in berkata sedemikian dalam satu temubual bersama Majalah Nona.

Dari video pendek di Tiktok Majalah Nona, ibu kepada Wak Doyok tidak mahu menantu dari golongan janda dan itu memang calon menantu pilihannya iaitu anak dara.

Malah secara tegas, ibu Wak Doyok berkata dia memang tak mahu menantunya itu merupakan seorang yang berstatus janda.

“Cari yang anak dara lah. Jika dia janda, makcik memang tak nak. Kalau pun itu jodoh dia tetapi makcik tak nak.”

Wak Doyok yang duduk disebelah ibunya itu hanya mampu gelak saja melihat karenah ibunya.

Kemudian Wak Doyok ada membalas kembali dan mengatakan jodoh ini sesuatu yang kita sendiri pun tidak mengetahuinya. Malah menyatakan dia yang nak kahwin bukan ibunya itu.

“Bukan makcik yang nak kahwin tetapi saya ni yang nak kahwin. Apapun, memang susah kan. JIka bicara tentang jodoh ni kita memang tak tahu.” Itu seloroh dari Wak Doyok.

@majalahnona Wak Doyok anak manja rupanya! Sayang betul si emak walaupun usia Wak dah 42 tahun. Tapi berkatnya harta @wakdoyok8055 sebab bahagiakan emak, tengoklah banglo mewah gaya vintaj ni, macam muzium Inggeris! #fyp #foryou #fypシ #fypmalaysia #fashion #mother #wakdoyok #gayadirumah ♬ original sound – NONA

Berkaitan ibu dan bakal isteri, Wak Doyok memang ada menyatakan, antara ciri utama bakal isterinya ialah dia mahu wanita yang nak tinggal dengan ibunya itu selepas berkahwin.

“Kalau ada yang nak jadi isteri saya, memang akan saya interview terlebih dulu. Boleh atau tak untuk bakal isteri itu tinggal dengan ibu saya. Kalau tidak boleh, saya akan kata good bye saja.”

“Bagi saya, ibu ini merupakan kunci kepada pintu rezeki dan juga kebahagiaan. Saya memang habiskan banyak masa untuk mencari cinta demi nak beri tumpuan kepada ibu sebab usia dia juga kini dah semakin meningkat.”

Itulah komen dari Wak Doyok tentang ibunya yang kini dah masuk usia 77 tahun.