“Lama tunggu nak bahagia macam ni” Perkahwinan kelima Natasha Hudson paling bahagia

5,451 views

Pelakon Natasha Hudson mengakui, perkahwinanny akali ini memang lain dari yang ain. Ianya dilihat dari segi bahagia yang sedang dirasai sendiri oleh pelakon ini.

Mencari kebahagian yang amat ikhlas dalam perkahwinan, Natasha Hudosn berkata, suaminya iaitu Muhamad Harits Jasmin atau lebih dikenali dengan nama Jay Jasmin, ternyata berjaya dalam hal berkenaan.

Oleh yang demikian, sempena dua bulan usia perkahwinnya, Natasha Hudson telah menulis nukilan hatinya, tentang bahagia yang sedang dilalui.

“Satu lagi bulan kita bersama, sayangku. Happy second month sarry. Lama juga Tasha tunggu nak dapat kebahagian yang seikhlas seperti ini. Dalam saya tak mencari itu, akhirnya itu yang Maha Esa pula berikan.”

Natasha berterima kasih kepada suaminya selain mengatakan sabar sesuatu yang amat penting.

“Patience is more than just a virtue kan. Terima kasih kepada kamu untuk setiap saat dan detik dalam hidup saya.”

“Secara jujurnya saya kena tulis satu cerita baru yang tak ada pengakhirannya sepanjang journey kita berdua ini untuk memberi gambaran betapa besarnya impak kamu dalam hidup saya ini.”

Kakak kepada Tania Hudson juga berkata, Jay Jasmin seorang yang mempunyai jiwa yang amat cantik.

“Kamu sungguh cantik, beautiful soul youSaya teramat bersyukur. Akan ada lagi banyak memory dan chapter untuk diceritakan untuk semua. Kami nak ucap terima kasih kepada semua yang menitipkan doa buat kami. Semoga ke syurga.”

Di ruangan komen, ramai yang gembira melihat Natasha Hudson menemui bahagia yang dicari olehnya.

Ada juga komen dari rakan artis seperti Azza Elite yang mengatakan wajah Natasha dan juga Jay Jasmin ini mirip sangat.

Apapun, kita doakan agar Natasha Hudson dan suaminya Jay Jasmin akan terus bahagia dalam melayari bahtera perkahwinan mereka ini.