Baru-baru ini pelakon Puteri Sarah Liyana, 37 tahun, ada berborak secara live dengan rakan pelakon Nad Zainal.
Ada satu soalan cepumas yang diberikan oleh Nad Zainal tentang wanita yang menjadi orang ketiga dalam rumah tangganya engan Syamsl Yusof.
Semua pun dah tahu wanita itu bernama Ira Kazar, anak kepada pelakon dan penyanyi Kazar.
Soalan kepada Puteri Sarah dari Nad Zainal berbunyi seperti ini: “Jika dia datang dengan baik dan meminta izin untuk menjadi yang kedua, Sarah okey ke tak?”
Menjawab soalan berkenaan, dengan jujur, Puteri Sarah menyatakan kalau itu yang berlaku empat tahun lepas, mungkin dia akan pertimbangkannya.
“Sekiranya awal dulu dia buat macam tu. Memang mulanya aku mungkin akan memarahinya juga. Tetapi kemungkinan juga aku akan pertimbangkannya.”
Namun begitu, Puteri Satah berkata, ianya langsung tak terjadi seperti tu.
“Ini awal-awal lagi kau dah buat macam-macam, kau pun siap dah pergi ganggu mak mentua aku. Lepas saja kena block dengan mak mentua aku, pergi kacau pula adik beradik Syamsul. Apa benda.”
Kata Puteri Sarah lagi, dia sedar ramai yang kata dia tak mahu hidup bermadu, seakan menolak cara hidup Rasulullah. Tetapi Puteri Sarah ada pendapatnya tentang hal ini.
“Semua orang cakap saya ni halang hidup berpolgami. Rasulullah berkahwin lain selepas kewafatan Siti Khadijah. Para lelaki kena dengar betul-betul.”
“Rasulullah tak suka Fatimah, anaknya, untuk dimadukan. Oleh itu korang kena baca serta fahamkan. Jangan main cakap kata lelaki boleh kahwin empat. Lagi satu, kalau lelaki nak kahwin lain, kena cari keturunan yang baik-baik. Cari bakal isteri yang baik juga.”
Pelakon ini juga meluahkan rasa hairan, mengapa dirinya pula yang diganggu oleh orang ketiga, sepatutnya dia yang buat sedemikian.
“Memang terbalik, patutnya saya yang pergi ganyang kat dia. Tapi, dia pula buat macam tu, macam saya ni pula ambil suami dia.”
Itulah komen dari Puteri Sarah Liyana, ketika berborak borak dengan Nad Zainal.