“Saya dah penat, letih.. Saya hadap sajalah..” Syamsul Yusof

11,189 views

Pengarah filem Mat Kilau yang sedang menjadi hit iaitu Syamsul Yusof memberi sedikit komen tentang kejayaan yang dikecapi seiring dengan kisah rumah tangganya.

Anak Datuk Yusof Haslam ini, akui, dia memang dapat banyak komen tentang kejayaan yang dicapainya, dan selalu saja dikaitkan dengan kisah rumah tangga yang sedang bergolak.

Syamsul mengaku dirinya dah penat.

“Saya sebenarnya memang dah amat penat. Sudah teramat letih dan dah reda juga, tak apa lah.”

“Cubalah bayangkan jika filem Mat Kilau ini kurang atau tak mendapat sambutan, mesti ada pihak yang akan cakap bahawa ini semua kerana perangai kau lah, terus dapat balasan dari Illahi.”

“Kemudian apabila filem Mat Kilau ini dah laku, ada pula kata ianya istidraj. Jadi, apa saja pun, saya tetap akan kena.”

“Kerana itulah, saya sekarang ni dah reda saja. Betullah saya ni pun ada buat silap.”

Sebut tentang istidraj, Syamsul sedar tentang hal berkenaan, tetapi dia sentiasa bersyukur dengan rezeki yang diberikan.

“Kita bukannya Tuhan. Janganlah ambil agama ini dengan cara yang tak betul, contohnya, jika kena pada orang kita suka, akan kata sebab Allah sayang. Tetapi, kalau kena pada orang yang tak disukai, kata Allah beri balasan. Apa benda semua ni, mana kau tahu kan, kita semua tak tahu.”

“Namun begitu, saya selalu ada perasaan khuatir bila meraih sesuatu kejayaan yang besar, cintoh macam filem dulu. Walaupun dah berjaya saya tetap ada rasa khuatir.”

“Kali ini filem Mat Kilau tak tahu apa lagi lepas ini, apapun saya hadap sajalah.”

Itulah kenyataannya seperti dilaporkan Harian Metro. Filem Mat Kilau arahan Syamsul Yusof kini dah mencapai kutipan paling tinggi untuk filem tempatan setelah meraih RM51juta dalam masa kurang dua minggu.