“Habis aku ganyang rempit Rohingya tu” Isteri Nazrief Nazri tak ada kesabaran bak Puteri Sarah

11,868 views

Kisah melanda pelakon Puteri Sarah Liyana kini sedang jadi tumpuan ramai. Dan ini termasuklah juga kepada isteri pelakon Nazrief Nazri, Aizatul Aqma.

Melalui satu posting di laman media sosial, Aizatul yang menggunakan akan nama Angella Joliey tampil bersuara dan menulis pendapatnya tentang apa yang terjadi kepada Puteri Sarah.

Dari penulisannya, Aizatul Aqma sebenarnya merupakan kenalan kepada Puteri Sarah Liyana.

Aizatul Aqma telah throwback saat dia berbual dengan Puteriu Sarah yang mana dia ada tanya, kenapa tak ambil tindakan undang-undang terhadap Ira Kazar sejak dulu lagi.

“Dulu saya ada bertanya kat Sarah, kenapa kau ni tak saman saja dia tu, semakin lama dibiarkan nanti semakin kena pijaklah.”

“Saya memang terkejut dengan jawapan dari Sarah, katanya, aku bukan tak nak saman, tapi jikalau aku teruskan saman kat dia nanti siapa yang nak bayar. Perempuan tu tak kerja dan ayah dia tu pun ada penyakitnya. Kalau orang tua tu jadi bertambah sakit, dia tak boleh kerja pula, siapa yang nak menanggung family dia, itu jawab Sarah.”

Kata Aizatul Aqma lagi dia memang respect habis dengan Puteri Sarah, seorang yang selalu saja jaga hati orang lain.

“Puteri Sarah yang saya kenal teramatlah baik orangnya, dan dia tak pandai buat hal kat orang. Kau paksa dia buat pun, akhirnya dia akan jaga hati orang juga.”

Kata Aizatul atau Angela Joliey lagi, dia memang tak ada kesabaran yang tinggi macam Puteri Sarah.

“Orang ambil laki dia buat dia macam-macam, dia masih lagi fikir tentang ayah orang tu. Fikir kena jaga aib suami juga.”

“Aku ni tak sesabar dan kuat macam kau Sarah, kalau aku habis ganyang rempit Rohingya tu. Jaga diri, aku yakin kau akan happy.”

Penulisan dari Angela Joliey atau nama sebenarnya Aizatul Aqma, yang merupakan isteri Nazrief Nazri itu menjadi tular, dan ramai yang kagum dengan ketabahan Puteri Sarah Liyana.