Pelakon, pengacara dan penyanyi Janna Nick menang besar semalam di Anugerah Bintang Popular Berita Harian edisi ke 34 (ABPBH 34).
Janna Nick menang tiga kategori iaitu Bintang Paling Popular, Pengacara TV Popular dan Pelakon Filem Wanita Popular.
Ketika ucapan setelah diumumkan Bintang Paling Popular, Janna Nick berpesan kepada semua agar jangan sesekali berputusa asa.
“Syukur alhamdulillah, terima kasih kepada semua yang sentiasa memberi sokongan kepada saya dan ini termasuklah family dan tak lupa kepada Dini Schatzmann. Untuk anda semua, jika anda ada rasa sedih, rasa kecewa dan merasakan yang dunia ini tak adil pada anda, ketahuilah, jangan pernah putus asa sebab sudah tentatu masih ada sinar buat kita semua. Ikhlas daripada saya, Nurul Jannah, bukannya Janna Nick.”
Menerusi satu post di Instagram, Janna Nick menulis bahawa dia telah diduga dengan kejayaan.
“Rezeki, dugaan dan ujian. Segala puji pujian hanyalah untuk Yang Maha Esa. Saya sebenarnya mahu lari dari populariti. Namun kini saya diuji dengan kemenangan. Apa pun terima kasih fans, Janna Nicker serta kepada semua yang mengundi. Mungkin ini yang terakhir. Cukup.”
Kata Janna Nick, kejayaan yang dimiliki di pentas Anugerah Bintang Popular ini adalah hasil usaha dan kerja keras fan club, Jannanickers.
Selain itu, Janna Nick juga tak sangka boleh menang dalam kategori pengara TV kerana akui semua yang tercalon hebat-hebat belaka.
“Persaingan memang hebat, termasuk Sherry. Kali pertama saya menang kategori pengacara. Dengan rendah hati saya mengakui ada yang lebih layak menang dan saingan sengit ssudah tentu adalah Sherry. Apapun semua yang lain pun hebat juga.”
Janna Nick hadir ke majlis itu bersama kekasihnya Dini Schatzman. Mereka berdua mencuri perhatian di red carpet kerana memilih pakaian yang unik, Janna mengikuti fesyen Kim Kardashian manakala Dini mengambil inspirasi fesyen Squid Game.