Pulang teman Janna Nick di ABPBH, Dini Schatzmann terus dikejarkan ke hospital

11,028 views

Pelakon, pengacara dan penyanyi Janna Nick menang besar di Anugerah Bintang Popular termasuklah dinobatkan sebagai Bintang Paling Popular, pada hari Sabtu yang lalu.

Selain Bintang Paling Popular, Janna Nick juga membawa pulang trofi Pelakon Filem Wanita Paling Popular dan Pengacara TV Paling Popular.

Kejayaan Janna Nick ini memang tak disangka juga apatalah lagi menerima sebanyak 86 juta undian.

Namun pada malam itu, boleh dikatakan kekasih Janna Nick iaitu Dini Schatzmann antara orang yang paling kuat menjadi pendorong dan semnagat buat Janna.

Selain sebagai pasangan dan hadir bersama, Dini juga dilihat menjadi videographer dan juga membantu menghias serta membetulkan baju Janna Nick.

Namun ada khabar kurang baik yang berlaku selepas itu, apabila sehari kemudiannya, Dini telah dikejarkan ke sebuah pusat perubatan. Dini telah mengalami demam panas dan disahkan terkena jangkitan kuman.

Berkat akepada pihak media Oh Bulan, Janna Nick memberitahu, sebenarnya kekasihnya itu ada rasa tak sedap badan sejak dua minggu yang lalu. Kejap baik dan kejap rasa tak sedap badan.

“Dini Schatzmann memang dah lama kena demam, dia on off demam sejak dua minggu lagi. Ketika ini, dia ada banyak kerja dan kena buat penggambaran outdoor. Kemungkinan punca dia jatuh sakit kerana cuaca. Jika dia makan ubat nanti dia akan rasa okey kemudian tak lama, setelah habis ubat dia kena sakit balik.”

“Pada hari Ahad, sehari selepas ABP, dia pergi hospital untuk mendapatkan rawatan. Doktor pun dag bagi drip antibiotik kepada Dini. Keadaan sekarang ni dia memang okey, syukur alhamdulillah.”

Itulah kenyataan dari Janna Nick tentang keadaan terkini Dini Schatzmann. Janna Nick ada muatnaik di insragram miliknya tangan Dini yang sedang dimasukkan antibiotilk.

Janna Nick merasa kasihan melihat Dini dan menulis ini: “Poor baby.” Semoga Dini Schatzmann akan cepat sembuh.