Ada pertikai Apek dan Yassin Senario masuk GV8 “Kami ada tujuh album, masuk AJL”

3,886 views

Rancangan popular Gegar Vaganza musim kelapan akan bermula hujung bulan November dan ramai penyanyi yang mempunyai nama besar menyertai edisi kali ini.

Antaranya Adibah Noor, Alif Aziz, Ani Mayuni, Datuk Fazley Yaacob dan bekas juara rancangan reality television iaitu Suki Low.

Akan tetapi ada satu peserta yang telah menimbulkan pelbagai persoalan orang ramai, iaitu pelawak popular Saiful Apek dan juga Yassin Senario.

Apabila mereka diumumkan antara peserta, ada suara yang menyatakan rasa sama ada mereka berdua ini mampu bersaing dengan penyanyi lain memandangkan mereka berdua lebih dikenali sebagai pelawak.

Akhirnya, Saiful Apek tampil menjawab persoalan berkenaan. Apek berkata dia dan kumpulan Senario mempunyai tujuh album dan ada 70 buah lagu.

“Pihak produksi yang mahu kami kemudian saya dan Yassin pun tak ada masalah untuk ambil peluang ini. Ianya satu keputusan dua hala.”

“Layak atau pun tidak, soalan itu ditanyakan kembali kepada pihak produksi. Memang saya ada tanya juga apa relevannya kami.”

“Namun begitu mungkin mereka ada buat research tentang kami, secara official saya dan Yassin sudah termaktub dalam kumpulan Senario dan kami dah ada tujuh album dan 70 lagu.”

“Ada beberapa lagu yang dah pun masuk ke Anugerah Juara Lagu, dan kalau dari segi jualan album pun dah pernah mencecah platinium.”

“Rasanya tak ada pertikaian kerana ianya melibatkan orang yang pernah popular serta hit malah pernah diikhtirafan, serta kekal lama carta dalam radio dan juga di siaran television.”

Apek juga mendedahkan, pihak produksi telah berjaya meyakinkan dia dan Yassin untuk beraksi di pentas Gegar Vaganza musim ini.

“Mereka berjaya yakinkan kami relevan kat dalam pertandingan itu untuk bersaing. Kami bukan bawa nama pelawak semata, kalau generasi sekarang ni memang betul, mereka pelawak, tak ada album, tak ada konsert, tak ada lagu masuk pertandingan.”

“Ada proses untuk jadi peserta dan banyak saringan. Tak semudah yang disangka.”

Apek memberitahu dia bersedia berdepan dengan cabaran dan tema dalam rancangan Gegar Vaganza.

“Kita bukan hanya nyanyi komedi saja. Kita kena bersaing setiap minggu dan buat tugasan, ada tema, itulah cabarannya.”

“Saya lebih rasa selamat kerana akan ada guide dari Tok Ram (Datuk Ramli MS) dan cikgu Siti Hajar. Kami akan buat kerja dengan rapi, kita tak mahu buat kerja selekeh dan comot.”