All Stars Gegar Vaganza telah pun melabuhkan tirainya untuk tahun 2023 ini.
Jaclyn Victor telah menepati ramalan ornag ramai apabila dinobatkan sebagai juara All Stars Gegar Vaganza.
Tempat kedua pula diduduki oleh Hady Mirza, manakala Nikki mendapat tempat ketiga.
Peserta kegemaran ramai, Liza Hanim mendapat tempat ke empat manakala Nagiu mendapat tempat yang ke lima.
Kali ini bukan mahu bercerita lanjut tentang All Stars gegar Vaganza, tetapi mahu bercerita sedikit tentang kisah dua juara dari Gegar Vaganza musim ke enam iaitu Hady Mirza dan juga Naqiu.
Ramai yang tertanya, macam mana sebenanrya hubungan mereka? Adakah baik-baik ataupun hanya biasa-biasa saja, atau adakah tidak berhubung.
Menerusi laporan Mstar, akhirnya Naqiu telah menjawa persoalan ini.
“Saya memang tunggu soalan macam ni. Sebab memang banyak yang mahu saya jelaskan.”
“Dulu ketika Gegar Vaganza musim ke enam, ada banyak juga cerita yang tak best yang kita dengar, tentang saya dan juga Hady.”
“Tapi masa tu kami berdua buat tak tahu je.”
“Namun kini kami di All Stars Gegar Vaganza, dan hikmahnya di sini, kami bertambah rapat.”
“Kami berdua sebenarnya dah macam adik beradik.”
“Saya pernah cakap kat Hady, saya kata bro, aku kesal sebab ada orang cakap kita ni gaduh, dan sampaikan ada yang nak babitkan negara pula.”
Naqiu memberitahu, Hady pernah melakukan sesuatu selepas itu, yang membuatnya teringat sehingga kini.
“Ada satu perkara yang Hady buat membuatkan saya tersentuh, dia terus saja marah kat orang yang mengata pada saya, yang komen yang tak baik pada saya.”
“Saya kata, ya Tuhanku, dia sanggup buat macam ni untuk aku. Hady kata hal macam ni memang tak patut berlaku.”
“Jadi orang kat luar sana, jangan nak melaga lagakan kami, kami macam family, baik saja.”
“Saya mahu mengaku, saya sangat sayang Hady Mirza, dan anggap dia bagaikan seorang abang.”
Akhirnya terjawab sudah, itulah pengakuan dari Naqiu sendiri tentang hubungannya dengan Hady Mirza.