Gegar Vaganza musim ke sepuluh atau GV10 telah memulakan siarannya semalam, Ahad 24 September.
Edisi kali ini dijangka paling sengit yang mana para peserta terdiri dari bekas juara pertandingan GV ini dari musim pertama sehingga musim tahun lalu.
Sebab itu juga untuk musim ke sepuluh ini, GV dipanggil dengan mana Gegar Vaganza All Star.
Pengacara untuk GV pada musim ini pertama kali menampilkan seramai 3 orang iaitu Nabil Ahmad, Jihan Muse dan juga Elly Mazlein atau Kak Lina Pompom.
Manakala juri pertandingan masih sama seperti tahun lalu iaitu Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang dan juga Datuk Syafinaz Selamat.
Ada satu lagi kejutan untuk GV10 ini iaitu bukan saja juara dari edisi tahun lepas, mereka juga akan bersaing dengan enam lagi peserta yang dipilih oleh orang ramai.
Enam peserta yang terpilih ialah Tomok, Suki, Nikki, Zamani, Ezad Lazim dan juga Liza Hanim.
Untuk minggu pembukaan ini, temanya ialah pilihan dari Tok Ram.
Para peserta akan menyanyikan lagu yang dipilih oleh maestro berkenaan.
Peserta yang paling menyerlah untuk minggu ini ialah juara GV7 iaitu Naqiu.
Dengan persembahan bertenaga, Naqiu yang membawa lagu Di Bawah Pohon Asmara, dilihat amat hebat.
Malah, Tok Ram juga meletakkan Naqiu sebagai aras tanda untuk para peserta edisi kali ini.
Ini komen dari Tok Ram tentang Naqiu.
“Hari ini dia lagi bagus. Saya dah tengok semua persembahan, kepada para peserta, saya mahu kamu ambil Naqiu sebagai KPI, sebagai benchmark. Kalau nak sama tara pun okey, tapi kalau nak bagus kena lebih dari Naqiu. Kena macam Naqiu.”
Ini senarai kedudukan minggu pertama GV10.
- Naqiu
- Liza Hanim
- Jaclyn Victor
- Nikki Palikat
- Hady Mirza
- Noryn Aziz
- Ezad Lazim
- Aliff Aziz
- Tomok
- Zamani
- Azharina
- Suki
- Ayai Ilusi
- Siti Nordiana
- Dato Aishah
- Cliff Umar
Minggu depan akan berlangsung minggu kedua Gegar Vaganza All Star dan tema yang dipilih ialah lagu mengikut tekak sendiri, yang aman peserta menyanyikan lagu yang bersesuaian dengan suara dan genre mereka.