Malam Ahad yang lalu, Gegar Vaganza musim baru membuka tirainya.
Seramai 16 orang peserta bersaing merebut gelaran juara untuk edisi kali ini yang menampilkan bekas juara dan juga bekas peserta yang handal-handal belaka.
Gegar Vaganza All Stars ini menampilkan kesemua 10 orang bekas juara dan ini termasuklah pemenang musim yang ke empat iaitu Dato Aishah.
Menyanyikan lagi Gemilang dari Jaclyn Victor, ternyata Aishah dilihat tidak berjaya menambat hati juri.
Untuk persembahan ini, juri Dato Ramli atau Tok Ram tidak banyak berkata cumanya, bertanya tentang energy dari Aishah memandangkan penampilan bentuk badannya yang dah berubah.
Namun Tok Ram bagai ada memberi hint persembahannya kurang memuaskan kerana mengatakan jumpa minggu depan, jika ada lagi.
“Beza memang berbeza dari dulu. Sekarang bertenaga. Jumpa minggu depanlah, kalau ada lagi lah.” Itu komen dari Tok Ram.
Memang benar jangkaan, apabila keputusan keluar, Datuk Aishah mendapat markah kedua terendah.
Aishah berada di kedudukan ke 15 dari 16 orang peserta, hanya berada di atas Cliff Umar, yang menduduki tangga tercorot.
Akur dengan persembahan yang kurang baik, Aishah berkata dia akan buat yang lebih baik selepas ini dan meneliti untuk tingkatkan persembahannya.
Ini komen dari Datuk Aishah.
“Untuk minggu pertama ini dah pun selesai, dan memang saya tak buat dengan baik.”
“Saya tak akan memberikan alasan untuk itu. Ada beberapa perkara yang saya teliti.”
“Memang saya ni bukanlah orang yang mahir dari segi teknikal, oleh itu saya kena rujuk kepada mereka yang lebih arif.”
“Mana tahu saya boleh baiki lagi persembahan saya ni. Jika tak jadi juga, mungkin pada kali ini saya kena menggantung mikrofon saya.”
“Kena meningkat lagi usaha saya, itu saja yang mampu saya buat.”
Para peminat Aishah dilihat terus memberi galakkan serta sokongan yang tak berbelah bagi kepada penyanyi berumur 58 tahun ini.
Pelbagai komen murni yang diberikan dan ini termasuklah beberapa cadangan dari para peminat.
Antaranya meminta Aishah untuk tidak menyanyi terlalu tinggi dan ada juga meminta Aishah untuk tidak memikirkan minggu pertama, kerana itu hanya permulaan saja, masih lagi banyak minggu selepas ini.
Semoga terus sukses buat Datuk Aishah, teruskan usaha, semoga ke final.