Neelofa bersyukur gambar “baby bump” jadi tular

20,603 views

Sebelum ini ada foto Neelofa yang menunjukkan bahawa dirinya kini sudah ada penampakkan baby bump. Ini sekaligus memberi gambaran jelas bahawa Neelofa memang sedang hamil anak pertama, hasil perkahwinan dengan suaminya, Haris Ismail atau lebih dikenali dengan nama Pu Riz.

Memilih untuk mengambil hal berkenaan secara positif, Neelofa bersyukur gambar berkenaan menjadi tular.

Dari gambar berkenaan, Neelofa berkata ramai yang mula mendoakan dirinya dan semua boleh membuat penilaian sendiri. Ini komen Neelofa menerusi laporan BH Online.

“Saya nak biarkan saja orang ramai bercakap tentangnya. Sebelum ini pun, saya ada kata akan sampai masanya, nanti orang akan nampak perubahan fizikal saya.”

“Oleh it, saya tak perlulah nak umum apa pun. Perlahan-lahan nanti orang akan nampak, saya bukannya boleh nak sorok hal ini sampai penghujung.”

“Apapun saya amat bersyukur setelah gambar itu jadi viral, kini orang ramai tampil mendoakan yang baik-baik buat saya, syukur sangat, alhamdulillah.”

Sebelum ini foto Neelofa menghadiri majlis Kasih Neelofa menunjukkan dengan jelas baby bumpnya. Kemudian yanhg terbaru, Neelofa datang ke satu event pertunjukan fesyen bersama Ameera Khan.

Gambar Neelofa itu membuatkan ramai peminatnya teruja lantas mendoakan yang baik-baik kepada pengacara dan pelakon ini.

Bercerita lanjut tentang zuriat dan cahaya mata, jelas Neelofa, dia sentiasa berdoa agar dikurniakan anak-anak yang baik.

“Semestinya apabila bercakap tentang zuriat, saya nak melahirkan zuriat yang baik akhlak, beriman, mengikut perintah Allah yang maha esa serta Rasulullah.”

“Anak yang baik ini bakal memudahkan urusan ibu bapa. Sudah pasti saya nak anak yang boleh dibentuk, mudah dijaga dan mempunyai adab yang tinggi.”

Neelofa akui di zaman moden ini, anak-anak memang mudah terdedah.

“Dunia sekarang memang amat terdedah, memang boleh jadi berisiko untuk setiap ibu bapa untuk membesar dan mendidik anak-anak. Memamng kena banyakkan berdoa supaya zuriat dilahirkan menjadi anak yang baik. luar dan juga dalaman.”