Pelakon cantik Puteri Aishah akhirnya mendedahkan satu berita baik yang mana dia memberitahu bakal menamatkan zaman singlenya tak lama lagi.
Puteri Aishah berkata dia akan bernikah pada bulan ini, bulan November 2021, dengan kekasih hatinya seorang jejaka berumur 28 tahun yang bekerja sebagai ahli perniagaan.
Buat masa sekarang Puteri Aishah menyatakan, dia belum dan tidak mahu memperincikan info majlis berkenaan.
Dia dan bakal suami sepatutnya bernikah lebih awal, namun memilih masa yang lebih sesuai, memandangkan perintah kawalan pergerakkan yang dijalankan sebelum ini.
“Patutnya kami plan nak nikah lebih awal, tetapi setelah melihat keadaan semasa, akhirnya kami berdua membuat keputusan untuk buat majlis pada bulan ini.”
“Jika semuanya dipermudahkan, semua yang telah plan, kami berdua akan teruskan. Syukur alhamdulillah semua persiapan jalan lancar dan dah boleh kata hampir 80 peratus siap.”
Selain itu, mereka berdua memilih untuk tidak mahu buat majlis secara dalam talian atau secara maya.
“Kami memang memilih tak mahu buat majlis secara maya sebab ingin perkahwinan ini disaksikan oleh family kedua belah pihak.”
Puteri menjelaskan dia tak ada niat nak rahsiakan identity pasangannya mahupun majlis perkahwinannya itu.
“Tak ada niat nak merahsiakan tarikh perkahwinan atau identiti bakal suami. Siapa yang tahu, dia tahulah. Tak apa, semuanya nanti saya akan cerita pada hari bahagia nanti.”
Puteri Aishah dan bakal suami mula berkenalan sekitar dua tahun lalu, dan jelas Puteri Aishah, jejaka berkenaan memang menyokong karier seninya.
“Memang bersyukur sebab dia amat menyokong karier seni saya. Boleh kata, kami berdua ni memang kuat bekerja dan tak ada masalah pun tentang hal ini.”
“Kami berdua saling memahami kerjaya masing-masing. Dia tak pernah melarang minat saya dalam dunia lakonan, malah dia ada memberi galakan semua yang saya buat.”
“Doakan kami agar majlis pernikahan nanti berjalan lancar. Majlis itu diadakan secara sederhana saja dan sudah tentu akan follow semua sop.”
Tak sabar nak tengok Puteri Aishah naik pelamin, semua semuanya berjalan seperti yang dirancang, amin.