Neelofa nak jumpa, selesaikan isu? Ini jawapan Fazura - News Tel

Neelofa nak jumpa, selesaikan isu? Ini jawapan Fazura

4,998 views

Kini tengah hangat diperkatakan tentang isu melibatkan Neelofa dan juga Fazura. 

Bagaimana kisah ini boleh bermula? Semuanya terjadi setelah ada kisah yang tular tentang Fazura pergi ke kelab dan hanya memakai hoodie serta topi ketika berada di Indonesia. 

Ura-ura ini dikatakan telah disebarkan oleh peminat Neelofa. Dari sinilah ianya bermula. 

MEDIA TANYA TENTANG TOPI DAN HOODIE KEPADA FAZURA 

Pihak media kemudian ada bertanya kepada Fazura tentang isu ini, malah media juga ada memetik nama peminat Neelofa yang sebarkan isu ini.  

Fazura kemudian memberi jawapan bahawa dia ingatkan hal ini sudah habis, namun ternyata masih ada lagi. 

Tentang memakai hoodie dan juga topi itu, Fazura mengakuinya, namun tidaklah sampai pergi ke kelab. 

MEDIA BERTANYA KEPADA NEELOFA 

Kemudian, pihak media bertanya pula kepada Neelofa tentang isu ini. 

Neelofa berkata, dia pun dah tak mahu panjangkan isu ini, malah dengan rela hati, mahu menamatkannya. 

Kata Neelofa lagi, dia pun rela jika ditemukan dengan Fazura untuk terus selesaikan isu ini. 

KENYATAAN TERBARU DARI FAZURA 

Ekoran reaksi dari Neelofa itu, akhirnya sekali lagi Fazura memberikan kenyataan. 

Kata Fazura, semasa temubual terdahulu, dia hanya jawab soalan dari pihak media saja, yang telah menyatakan nama peminat kepada Neelofa. 

Malah, Fazura juga menunjukkan bukti bahawa memang ada pihak media yang memetik nama peminat Neelofa ketika bertanya soalan kepada Fazura. 

Jelasnya, dia pun dah penat dengan isu ini yang seringkali timbul. 

Jom baca saja kenyataan terbaru dari Fazura. 

Dalam kenyataan itu, antara point utama Fazura ialah, dia pun tak ada sebarang isu dengan mana-mana selebriti. 

Jika tak berkawan tu, bagi Faz, ianya bukanlah bermakna perlu memusuhi. 

Apa yang penting, Fazura tetap perlu meminta izin dari suaminya iaitu Fattah Amin jika mahu berkawan dengan seseorang. 

Ini video penuhnya.

Apapun semoga yang baik-baik saja buat Neelofa dan juga Fazura.

Latest from Hiburan


Sempoi habis, Tok Ram pandu Perodua Viva pergi Gegar Vaganza

7,580 views

Rancangan nyanyian paling terkenal ketika ini sudah tentunya Gegar Vaganza. 

Kalau sebut saja Gegar Vaganza, antara nama yang amat sinonim ialah pengacaranya iaitu Nabil dan Jihan serta jurinya. 

Antara juri yang masih lagi kekal dari season pertama sampailah ke season yang terbaru ini ialah the one and only Dato Ramli Ms atau Tok Ram. 

Baru-baru ini, ada satu video yang telah menjadi bualan melibatkan Tok Ram yang dimuatnaik oleh peminat maestro dari Singapore itu. 

Dari video berkenaan, Tok Ram dan Nabil Ahmad sedang bergurau sebaik saja tamat rancangan All Stars Gegar Vaganza. 

Mereka berdua dilihat berada di parking lot bersama para peminat. 

Tok Ram sedang menaiki keretanya sambil berbual bersama Nabil. 

Apa yang menajdi perhatian ialah kereta yang dipandu oleh Tok Ram itu. 

Jelas kelihatan, Tok Ram sedang menaiki kereta Perodua jenis Viva. 

Ini videonya. 

Menjengah ke ruang komen, rata-rata memberi komen positif setelah melihat sendiri kereta Tok Ram itu. 

Ramai yang memuji bahawa juri tetap berkenaan begitu merendah diri, humble dengan hanya menaiki kereta Viva untuk pergi ke event sebesar Gegar Vaganza. 

Jika selebriti lain berlumba lumba mahu menunjukkan kereta mewah, namun tidak bagi Tok Ram. 

Mungkin dengan menaiki Viva, lebih mudah dipandu untuk Tok Ram kerana kecil , selain lebih jimat. 

Ada juga mengatakan, mungkin Tok Ram ada kereta lain, tetapi memilih untuk menaiki Viva. 

Apapun, ini antara komen dari orang ramai setelah melihat Datuk Ramli Ms memandu Perodua Viva.  

“Tok Ram sempoi je naik kereta Viva, kita geng la.” 

“Memang rilek betul Tok Ram ni, kalau tengok rancangan projek bapak, Tok Ram paling boleh buat semua benda, termasuk benda kampung.” 

“Steady Tok Ram dan Viva, seorang yang low profile, humble.” 

“Naik kereta kecil ni memang best, senang nak bawa, boleh menyelit.” 

Memang terbaik Tok Ram ni, kereta Viva tetap jadi pilihan hatinya, walaupun dirinya seorang yang amat berjaya dan terkenal.

Datuk Ramli Ms, 64 tahun, telah pun berkahwin dengan penyanyi iaitu Datin Alyah pada tahun 2013. 

Go to Top