Neelofa sindir Sharnaaz secara live, sampai Nabil tegur

17,317 views

Mesti ramai yang dah pun tahu tentang kisah masalah perkahwinan pelakon Sharnaaz Ahmad dan juga Noor Nabila, kakak kepada selebriti popular Neelofa.

Sehingga kini, kemelut antara mereka berdua masih belum temui jalan pendamaian dan kes mereka dah pun naik ke mahkamah. Pelakon Sharnaaz Ahmad telah memfailkan dakwaan nusyuz terhadap isterinya itu dan kisah ini menjadi bualan ramai.

Kisah mereka ini telah membuatkan ramai yang memerhatikan Neelofa yang merupakan adik kepada Noor Nabila. Dan sebagai seorang adik, sudah tentu Neelofa ada menunjukkan sokongan yang tak berbelah bahagi kepada kakaknya itu.

Lanjutan dari apa yang berlaku kepada perkahwinan kakaknya, Neelofa ada buat gesture yang menunjukkan dia seakan memerli Sharnaaz.

Dari siaran live rancangan MeleTOP baru-baru ini, Neelofa dilihat seakan telah sindir abang iparnya itu ketika segmen Gosip MeleTOP. Sebenarnya, gossip itu tentang video drama lakonan Sharnaaz dan Nelydia Senrose yang viral, tetapi Neelofa dilihat menyindir Sharnaaz Ahmad pula.

Dakwa para penonton MeleTop, ketika itu Neelofa telahmemberikan komen tentang gosip berkenaan dalam nada perli dan sindir sampai ditegur oleh pengacara MeleTop yang satu lagi iaitu Nabil Ahmad. Nabil berkata “jangan benci sangat” dan Neelofa menjawab “obvious eh”.

Rata-rata netizen menganggap tindakan Neelofa secara live itu amatlah tidak profesional apatah lagi ianya ditonton oleh orang ramai secara langsung.

Sebelum ini pun, Neelofa ada menulis beberapa kenyataan di laman media sosial miliknya, seakan sindir Sharnaaz yang didakwa sebagai seorang yang kuat berdrama. Ketika itu, Neelofa akui dia jarang tulis apa yang terbuku di dalam hatinya akan tetapi apa yang terjadi kepada perkahwinan kakaknya iaitu Noor Nabila, dikatakan sudah terlalu melampau dan terus embuat Neelofa meluahkan perasaannya.