Telatah Elly Mazlein buat Jaclyn Victor ketawa ketika menyanyi, rambut sampai kusut masai

6,365 views

Pada minggu ketiga Gegar Vaganza musim kesembilan yang berlangsung semalam, banyak telatah yang dibuat oleh pengacara Elly Mazlein. 

Pertamanya, Elly Mazlein dilihat menari sakan semasa peserta Fuad Rahman membuat persembahan sehingga kusut masai rambutnya. 

Elly Mazlein dilihat turut sama ke pentas utama, menari bersama Fuad Rahman yang menyanyikan lagu Gadis Melayu. 

“Habis rambut kau dah tak tentu arah, lari terus juru make up kau.” Seloroh Nabil. 

Selain itu, Elly Mazlein juga sekali lagi tampil di pentas utama dan menari ketika peserta Jaclyn Victor membuat persembahan. 

Jac membawa lagu dangdut sehingga Elly Mazlein turut sama goyang. 

Apa yang menjadi tumpuan ialah Jaclyn Victor ternyata terlalu terhibur dan sehingga ketawa ketika menyanyi. 

Ini kali pertama dalam sejarah ada peserta ketawa ketika membuat persembagan secara live. 

“Masa rehearsal takde, dia tak masuk kat pentas.” Kata Jaclyn Victor selepas saja persembahan kenapa dia ketawa. 

Kemudian Elly Mazlein juga jadi perhatian ketika segmen khas yang mana rakan hosnya iaitu Nabil Ahmad membawa isterinya, Nazirah Ayub naik ke pentas. 

Nabil membawa Nazira Ayub yang mesra disapa Zira, naik kerana mahu menyambut hari ulang tahun perkahwinannya yang ke sebelas. 

Ketika Nabil menjemput Zira, Elly Mazlein ada menyanyi sedikit sebagai latar belakangnya, membawa lagu Dealova. 

Telatah Elly Mazlein ketika itu membuat ramai yang terhibur apatah lagi bahagian terakhir, yang bagi penonton agak kelakar.  

“Tengah romantik, terus jadi seram part last Kak Lina nyanyi.” Tulis salah seorang netizen. 

Satu lagi telatah Elly Mazlein yang mesra disapa Kak Lina Pompom ialah ketika Tom selesai menyanyi, yang mana Elly Mazlein turun ke kerusi juri dan menggantikan tempat bonda Hetty Koes Endang, yang semasa itu naik ke pentas. 

“Lina, diam kau.” Kata bonda Hetty ketika mengajar Tom di atas pentas. 

Gandingan antara Nabil dan Elly Mazlein kali ini dilihat telah berjaya menghiburkan ramai penonton di Gegar Vaganza musim ke sembilan ini.