Neelofa tayang inilah wajah seakan baby Bilal

14,271 views

Wajah anak sulung kepada pasangan selebriti terkenal tanah air iaitu Neelofa dan Pu Riz boleh dikatakan sering saja jadi trending.

Isu keputusan Neelofa dan Pu Riz yang mengambil pendekatan untuk tidak lagi tayang wajah anak mereka sering jadi bualan para netizen di luar sana. Di gambar raya tahun ini pun, Neelofa dan Pu Riz menutup wajah anak dengan sticker.

Semalam, akhirnya Neelofa memberi sedikit hint tentang rupa paras anak sulungnya itu.

Dari satu entry di Ig story, Neelofa ada muatnaik gambar lama ibunya iaitu Datin Nor Kartini tang sedang mendukung Neelofa semasa baby.

Neelofa mengatakan wajah anak sulungnya iaitu Bilal memang persis dan mirip wajah Neelofa sebab baby.

“Gambar umi Bilal. Tengok gambar masa kecil ni, memang copy paste wajah Bilal sangat.” Itu tulis Neelofa tentang gambar berkenaan.

Kalau dilihat dari gambar itu, memang comel betul Neelofa masa baby. Ada juga mirip macam wajah baby Jebat sikit, iaitu anak kepada kakak Neelofa, Noor Nabila.

Melihat gambar tersebut di muatnaik Neelofa, seorang rakan artis iaitu pelakon Vie Shantie Khan ada menulis dan mengesahkan bahawa gambar Neelofa masa kecil tu memang sama macam wajah baby Bilal.

Ini tulis Vie Shantie Khan. “Sebiji macam muka Bilal.

Maka ramailah para peminat Neelofa yang teruja betul dan memberi komen memuji kecomelan baby Bilal dan juga Neelofa masa kecil.

“Bilal pun mesti macam ni, lebih kurang umi nya, Neelofa masa baby.”

“Dah tak sabar nak tengok wajah baby Bilal, mesti comel macam ni.”

Untuk info, Neelofa selamat melahikan anak sulungnya iaitu baby Bilal pada bulan Januari 2022 setelah bernikah dengan Pu Riz pada bulan Mac 2021.