Kecoh jadinya, Janna Nick tergolek, terjatuh kebelakang dari kerusinya

6,806 views

Ada satu kejadian yang agak kecoh di sebuah rancangan hiburan terkenal iaitu I Can See Your Voice Malaysia  musim kelima semalam.

Ini apabila salah seorang panel penyiasat suara sumbang iaitu pelakon dan penyanyi Janna Nick dilihat telah tergolek terjatuh kebelakang dari kerusinya.

Hal Janna Nick tergolek terjatuh ini menjadikan suasana yang amat gamat.

Suasana memang dah menjadi gamat ketika penyamar menyanyikan lagu berjudul Cinta Melayang Layang.

Ketika itu Janna Nick terus bangun ketika persembagan dan pergi ke pentas lantas menari dengan Ande Bernadee.

Kemudian Janna Nick dilihat kembali semula ke tempat duduknya dan pergerakkannya dilihat agak laju, berlari sedikit.

Setibanya di kerusi, Janna Nick terus saja duduk, namun mungkin kerana terlalu laju sebab dia sedikit berlari, Janna Nick dilihat tidak dapat seimbangkan diri.

Kerus itu jadi tak seimbang dan Janna Nick terus saja tergolek dan terjatuh ke belakang.

Ketika kejadian, semua rakan artis yang berada di sebelah Janna Nick terus jadi gamat dan menjerit sebab terkejut tengok Janna Nick sampai tergolek sedemikian.

Melihat adegan berkenaan, ada yang datang membantu Janna Nick, tetapi ramai juga yang tak dapat nak tahan gelak dan tertawa melihat aksi Janna Nick itu.

Ini videonya.

Di video itu Janna Nick menulis dia okey saja walaupun sedikit rasa skit. “Masih bertahan walaupun rasa skit.”

Sedutan rakaman video itu dimuatnaik oleh Janna Nick di laman media miliknya dan telah mendapat tontonan lebih sejuta views.

Dalam rancangan I Can See Your Voice Malaysia (ICSYVM) musim kelima, Janna Nick dipilih menjadi antara ahli panel penyiasat suara sumbang bersama-sama dengan panel yang lain iaitu Datuk Rosyam Nor, Andi Bernadee, Marsha Milan, Sophia Liana dan Altimet, selain itu, rancnagan ini dihoskan oleh Izzue Islam dan Ain Edruce.