“Penari jauh adab timur dan ajaran agama” Menteri Agama harap video dipadam

2,086 views

Lagu raya nyanyian Dato Seri Aliff Syukri iaitu Kelepok Raya kini telah mendapat perhatian dari pihak Menteri di Jabatan Perdana Menteri Hal Ehwal Agama iaitu Senator Datuk Idris Ahmad.

Datuk Idris memberi pendapat setelah orang ramai melahirkan rasa risau dengan intipadi video lagu berkenaan yang menampilkan individu yang ternyata bertentangan dengan adab di negara ini.

Ada dua babak paling ramai komplen iaitu yang pertama penampilan lelaki berpakaian jelik iaitu bersinglet tetapi bersongkok. Dan satu lagi ialah babak ialah Aliff Syukri baring sambil menari bersama-sama bersama beberapa penari.

“Saya dah ambil maklum ada video yang tular iaitu video raya yang dimuat naik oleh seorang ahli perniagaan yang tersohor di Malaysia.”

“Mahu mengulas isu ini sebabnya di ketika ini, semua umat Islam sedang mengejar 10 malam terakhir Ramadan dan mahu mencari pahala yang banyak.”

“Namun isu ini, saya khuatir akan menenggelamkan keterujaan umat Islam untuk mengejar rahmat taqwa ini.”

Datuk Idris berpendapat, tarian Aliff Syukri bersama penari itu memang amat bertentangan dengan budaya dan juga ajaran agama.

“Ada perdebatan serta perbincangan di kalangan rakyat Malaysia terhadap video ini, yang mana ianya ada diringi watak penari yang jauh daripada adab ketimuran dan ajaran Islam, pastinya saya kira ini amat kurang sesuai untuk dikaitkan dengan kemenangan umat Islam di bulan Syawal, setelah kita semua menempuh ujian dalam bulan Ramadan.”

Datuk Idris turut harap video ini dapat dipadam dan mahu bertemu dengan Dato Seri Aliff Syukri.

“Nasihat saya dengan penuh kasih sayang supaya video seperti ini boleh dikeluarkan dari disiarkan di mana-mana platform media, ataupun ianya hanya untuk tatapan peribadi pemilik video tersebut saja.”

“Kalau ada peluang, saya mahu bertemu mata bersama dengan pemilik empunya video ini, mungkin ada perkara yang boleh dibincang bersama.”

Itulah komen dari Menteri Agama, Datuk Idris Ahmad. Beliau juga mengesahkan sudah memanjangkan hal ini kepada pihak JAKIM untuk tindakan selanjutnya.