Pak Nil tanya masih sayang isteri? Syamsul Yusof terus jawab “Of course, no doubt”

16,957 views

Rumah tangganya sedang dilanda badai, dan satu Malaysia pun dah tahu. Baru-baru ini Syamsul Yusof telah diwawancara oleh pengacara terkenal Datuk Aznil Haji Nawawi.

Sudah tentu, isu melibatkan perkahwinan antara Syamsul Yusof dan Puteri Sarah Liyana serta individu bernama Ira Kazar menjadi pertanyaan dalam wawancara berkenaan.

Secara terbuka, Pak Nil terus bertanya, siapakah Ira Kazar itu kepada Syamsul.

Akan tetapi, setelah menerima persoalan berkenaan yang merupakan soalan terakhir Pak Nil, Syamsul hanya mampu mendiamkan diri dan buat isyarat tak mahu menjawab.

Sebelum itu, Pak Nil memang ada bertanya beberapa soalan kepada Syamsul, dan pengarah ini akui dirinya ada sedikit tertekan dengan isu yang melanda.

“Dah tentu saya ada rasa stress namun saya masih kena teruskan hidup ini. Saya ada rakan, saya juga ada anak saya dan family saya.”

“Sekarang ni saya okay je tak ada apa-apa, syukur. Bagi saya kadangkala ada benda yang lebih baik kita diam.”

Syamsul Yusof ada berkata dia pelik mengapa orang luar selalu saja nak tahu walhal dia tak berhutang pun dengan mereka.

“Nak tak nak, saya memang akan kena hadap dan kenalah kuatkan diri. Tapi saya pelik orang luar yang tertekan bila saya diam mahupun bila saya cakap. Macam saya ini ada berhutang dengan mereka. Orang semua ni kena faham, ada benda yang boleh kita cerita dan ada yang tak boleh, apatah lagi kisah peribadi.”

Ditanya tentang isteri, Syamsul akui memang masih sayang dengan Puteri Sarah Liyana.

“Itu dah tentu, memang masih (sayang), no doubt, tanpa ragu-ragu. Dan saya tak mahu mengeluarkan kenyataan yang boleh buat hati isteri saya sakit.”

Tentang hubungan dengan ayah, Datuk Yusof Haslam, Syamsul akui memang ada sedikit ketegangan.

“Hubungan memang tense. Saya sayang ayah saya, tapi macam tu lah. Saya faham liku-liku cabaran yang berlaku. Sampai ke tahap ini banyak ujian saya dengan ayah saya. Ayah memang tahu masalah saya.”

“Diakui saya dah ada buat kesilapan dan saya nak perbetulkan masalah ini. Memang adalah salah silap saya dalam hubungan.”

Itulah penjelasan Syamsul Yusof kepada Pak Nil.