“Pasangan berkenaan sudah menghilangkan diri”

452 views

Ini perkembangan terkini tentang sasangan yang tular setelah membawa bayi berusia 11 bulan menunggang motosikal dengan memakai alat pernafasan. 

Melalui laporan, kedua dua mereka kini telah pun dipercayai menghilangkan diri. 

Pihak media juga ada cuba untuk hubungi mereka namun ternyata kedua-duanya tak menjawab panggilan berkenaan dan telah mematikan handphone masing-masing. 

Wakil bagi pihak qariah dari Masjid Al Maarufi turut mengesahkan hal berkenaan. 

Pihaknya yang telah memantau kawasan rumah lelaki berusia 35 tahun itu, mendapati mereka tidak dapat dikesan. 

Ketika diperiksa di dalam rumah, hanya ada ibunya yang menghidap angin ahmar. 

Ibunya berada di rumah seorang diri dan telah dipantau oleh jiran berhampiran. 

Pihak qariah cuba hubungi mereka kerana mahu dokumen agar mereka berdua dapat disatukan sebagai suami isteri. 

“Pejabat Agama Daerah dah beri kebenaran agar saya memaklumkan kepada pasangan itu untuk serahkan dokumen berkenaan proses pernikahan mereka yang dirancang untuk dijalankan.” 

“Namun sampai kini, saya tak terima sebarang dokumen dari mereka dan mereka dipercayai telah menghilangkan diri.” 

Pihak qariah dengan bantuan majlis agama, tak ada masalah untuk menikahkan mereka namun pasangan berkenaan perlu sediakan beberapa dokumen.  

Diimbas kembali, kes ini mendapat liputan di seluruh media yang bersimpati dengan nasib pasangan berkenaan membawa anak dalam keadaan memakai bantuan alat pernafasan di atas motor. 

Namun setelah menjadi tular, rupanya ada beberapa perkara yang terbongkar. 

Antaranya ialah mereka berdua sebenarnya bukanlah pasangan suami isteri. 

Malah pada tahun 2016, wanita berkenaan juga pernah menerima bantuan dengan kisah yang hampir sama. 

Dikatakan pasangan ini juga merupakan penagih.  

Sehingga kini, kedua dua mereka telah menerima bantuan dari seorang ahli perniagaan berupa sebuah kereta terpakai.