Anak kepada jutawan kosmetik Kak Ton, iaitu pelakon Harris Annuar menerima satu perkhabaran duka apabila dirinya telah disahkan positif virus Covid19.
Hal ini telah disahkan oleh Harris yang menulis satu kenyataan di laman Ig miliknya. Jejaka berumur 27 tahun berkenaan sahkan positif setelah jalani ujian swab di sebuah klinik swasta.
Dari kenyataan yang dikeluarkan, Harris Annuar menyatakan dia kini sedang self-quarantine di rumahnya.
Harris juga meminta sesiapa yang ada contact rapat dengannya sepanjang tempoh dua minggu lepas untuk turut jalani ujian saringan.
“Salam, pada tarikh 3 Januari, saya telah disahkan positif Covid19 di klinik Zahran, dan hari ini akan buat ujian swab untuk kali kedua.”
“Sesiapa yang ada contact rapat dengan Harris selama dua minggu yang terakhir boleh lah untuk buat ujian Covid19 di klinik yang berhampiran kalian.”
“Buat masa sekarang ini Harris sedang menunggu panggilan rasmi daripada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia untuk ketahui tindakan selanjutnya yang akan di ambil. Maaf atas kesulitan yang berlaku.”
Di ruangan komen, ramai yang memberi sokongan kepada Harris agar tabah hadapi wabak berkenaan. Ini termasuk bekas pesakit iaitu pelakon Aliff Satar.
Selain itu memang banyak komen positif dari rakan artis yang mendoakan agar Harris cepat sembuh.
Sehingga kini belum ada perkembangan tentang ibunya iaitu Dr Zaiton atau lebih mesra disapa Kak Ton, sama ada merupakan contact rapat atau tidak dalam masa terdekat ini.
Melihat di IG milk Harris, pelakon ini ada muatnaik gambar yang menunjukkan dia dan rakan ada pergi bercuti ke Pulau Langkawi beberapa hari yang lepas. Namun tak dapat disahkan sama ada, itu gambar terbaru atau hanya gambar throwback.
Salah seorang rakan Harris Annuar bernama Tajuddin yang turut bercuti bersama di Langkawi turut disahkan positif Covid19. Apapun semoga cepat sembuh untuk Harris Annuar.