PU Riz nangis, disahkan dah sembuh dari Covid

14,910 views

PU Riz antara ribuan rakyat Malaysia yang telah terkena virus corona. Pendakwah dan pelakon ini merupakan antara mereka yang ke masjid Sri Petaling, dan apabila tempat berkenaan ditutup kerana terdapat ramai yang terkena wabak itu, Pu Riz juga buat ujian saringan dan kemudian disahkan positif. Pu Riz kemudian telah dirawat di Hospital Sungai Buloh.

Dalam perkembangan terkini, Pu Riz kini membuat satu kenyataan bahawa dirinya telah disahkan bebas dari virus berkenaan. Malah, Pu Riz telah menangis apabila menerima khabar gembira yang diberikan oleh doktor.

Pu Riz menyatakan dia telah pun buat ujian swab kedua semalam dan keputusannya telah diterima petang tadi. Ini komen dari Pu Riz.

“Syukur kepada Allah, Alhamdulillah, saya telah disahkan kembali sembuh dan dah pun boleh pulang ke rumah. Saya memang nangis tatkala dimaklumkan negatif. Bukannya apa, virus ini boleh bawa kepada kehilangan nyawa dan ini boleh saya ibaratkan sebagai satu peluang kedua yang Allah berikan kepada diri ini.

“Ketika berada di hospiatal untuk menerima rawatan, jururawat selalu bagi kata-kata semangat dan meminta agar kami semua mesti ada fikiran yang positif.

“Selain itu, ada juga jemaah tabligh di wad yang bagi pesanan, yakinlah pada tuhan kerana dia selalu ada dengan kita. Saya berdoa pada Allah agar terus istiqomah sampai hujung nyawa ini”

Setelah disahkan kembali sihat, pelakon ini sempat mengucapkan jutaan terima kasih kepada para frontliner, doktor dan jururawat beri rawatan kepadanya.

“Buat para doktor serta jururawat, Allah saja yang dapat balas jasa mereka. Semuanya amat banyak bantu saya untuk keperluan. Kalau ikutkan tugas mereka ini lagi lah berisiko tinggi”

Jelas Pu Riz, selepas sahaj dia keluar hospital, sekarang dia kena buat proses kuarantin diri selama dua minggu di rumahnya.

“Kini saya kena buat kuarantin diri selama dua minggu kat rumah. Lepas tu saya kena pula pergi ke klinik kesihatan yang terdekat untuk buat pengesahan”

Itulah pengalaman dari Pu Riz atau nama sebenarnya Haris Ismail.